Nuffnang

Thursday, July 28, 2011

JALAN-JALAN KE KUKUP, PONTIAN




Petang semalam atas pelawaan seorang kenalan kita ke Kukup, Pontian kalau tak silap nama kampung tersebut Kg. Baru Penerok.

Pergi pun naik kereta kenalan dari Skudai terus melalui jalan Tenggayun dan keluar Sg. Rambah. Sampai di rumah ibubapa mentua kenalan kita, encik Yusof. Sibuk mereka sekeluarga menyambut kedatangan kita. Pelbagai juadah di hidangkan di atas meja dengan mee hoon goreng, mee goreng, kek dan kerepek ubi. Paling istimewa durian 2 biji yang begitu besar terhidang dalam dulang. Tak larat nak menghabiskan. Memang sedap sangat.

Bagus orang kampung ni, cukup menghormati tetamu yang bertandang kerumah mereka. Selagi apa makanan yang ada nak disuruhnya kita makan. Hancus! Kita punya Healty Living weh! hahaha

Dalam pukul 9.00mlm kita bertolak balik, dalam perjalanan mata dah mula terlelap, kekenyangan makan durian. tahap melampau. Siap bawa balik lagi durian dalam 15 biji...huhuhu

Terima kasihlah ya encik Yusuf dan kak Zana yang sudi mempelawa kunjungan kita malam tadi. Insyallah lain hari dan masa kita berkunjung lagi.

No comments:

Post a Comment