Nuffnang

Sunday, July 24, 2011

SUAMI MAKAN LUAR

Marilah kita sama-sama menjadikan cerita ini sebagai pengajaran dan yang tidak baik jadikan sempadan. Cerita ini cukup menyedihkan bagi seorang isteri, dimana letaknya pengorbanan dan harga diri seorang isteri? Jom baca kisahnya di bawah... :)

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin kita tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia lewat 20-an tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga. Sebelah pagi sebelum pergi kerja saya akan masak untuk anak2, sarapan utk suami. Saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik dan menarik minat lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya lebih menarik dan cantik berbanding saya. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja.


No comments:

Post a Comment