Nuffnang

Wednesday, August 10, 2011

1 JUTA PENGGUNA LEBUHRAYA LATAR

Kita tak pernah lalu lagi highway ni tapi pernah nampak pembinaannya sebelum siap dulu, mungkin lebih cepat kalau nak ke Kuala Selangor. Ermm..dah lama tak ke Kuala Selangor, asyik2 Shah Alam :)

Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Lebuh Raya LATAR) telah mencatatkan satu juta pengguna laluan itu selepas pembukaannya pada 23 Jun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway Bhd. (KLSEB), pengendali lebuh raya itu berkata sehingga 31 Julai tahun ini, satu juta pemandu telah melalui empat tol plazanya.

"Lebuh raya itu sudah pastinya telah membuktinya kewujudannya dalam menghubungkan banyak perbandaran baharu dan perkampungan dengan Rawang, Selayang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” kata ketua pegawai eksekutif KLSEB, Amran Amir.

Sumber : Bernama


No comments:

Post a Comment