Nuffnang

Tuesday, August 9, 2011

TERKUCIL PUN NAK !

Seribu kerenah perangai manusia nih, ntah apa2 je. Cuba baca berita kat bawah, walaweh! Tak pahamlah kita.

Seorang lelaki yang membuang air kecil disamun seorang lelaki dalam sebuah tandas di Hospital Selayang, di sini, menyebabkan kerugian RM2,000, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun berseorangan dalam tandas berkenaan sebelum seorang lelaki tidak dikenali menghampirinya.

Sebaik menghampiri mangsa, lelaki terbabit mengeluarkan pisau lipat serta mengacukan ke arah mangsa dan meminta jangan menjerit jika tidak mahu diapa-apakan. Menurut sumber, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu hanya berdiam diri dan merayu supaya tidak diapa-apakan.

Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga miliknya. Lelaki terbabit merampas dan melihat wang yang ada di dalamnya sebelum menyimpan di dalam poket seluarnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa meminta dilepaskan, namun lelaki itu menyuruh dia menanggalkan jaket dipakai. Mangsa yang menggigil ketakutan menyerahkan jaket itu sebelum suspek mengikat tangan dan suspek melarikan diri meninggalkan mangsa keseorangan di dalam tandas itu,” katanya.

Pengawal keselamatan yang melalui kawasan berkenaan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan masuk ke dalam serta melepaskan ikatannya.

Sumber : Hmetro


No comments:

Post a Comment