Nuffnang

Tuesday, August 9, 2011

MAKSIAT DI BULAN RAMADHAN

Sumber Google


Sebenarnya kita patut mengerti bahawa syaitan telah lama berada dengan kita, segala perbuatan dan tingkah laku kita yang menghampiri maksiat telah dibiasakan oleh syaitan-syaitan yang jahanam. Sungguhpun manusia berada dibulan ramadhan kebiasaan yang ditinggalkan oleh syaitan itu membawa kita melakukan maksiat, Sesungguhnya kebiasaan itu dapat dihindari dengan berpuasa.

Bagi yang belum berumahtangga, suami/isteri orang dan yang berstatus mak Jan dan duda Muslim dan Muslimah yang jatuh tewas, seburuk-buruk ketewasan itu adalah apabila mereka berzina di siang hari Ramadhan. Eh, bukan bermaksud selain bulan Ramadhan boleh buat maksiat. Hokeh!

Namun, hakikatnya yang berlaku adalah sebaliknya. Situasi ini, pada sesetengah orang, adalah petanda bahawa syaitan masih bebas bergerak untuk menggoda dan menghasut manusia, sehingga mereka tergelincir ke lembah dosa.

Cerminkan diri dan hiasi tingkah laku, moga kita menjadi insan yang punya harga diri. Patuh pada perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Insyallah.



2 comments: