Nuffnang

Sunday, August 7, 2011

MANISNYA BERTUDUNG



Indahnya dunia kalau wanita mengenakan tudung, biarpun bertudung tidak tersenarai dalam rukun iman namun bertudng itu wajib. Nampaknya artis Malaysia dah mula ada kesedaran untuk berhijrah. Cuba baca kisah Jojie.

Ramai yang memuji penampilan dan hijrah kakak kepada penyanyi rock Ella, Jojie Aminuddin. Sebaik sahaja gambar-gambar kemunculan Jojie bertudung dimuat naik di laman sosial Twitter dan Facebook, ramai yang bertanyakan Diva tentang kebenaran hijrah tersebut.

Sambil tersenyum, Diva hanya dapat mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan kemanisan Ramadan yang dibawakan Jojie.

Diva cuma mahu sampaikan pesanan dan salam teman-teman yang rata-rata sangat gemar dengan hijrah Jojie. Memang waktu Diva tenung-tenung gambarnya, sangat manis Jojie berimej sebegitu dan harap berkekalan. Diva tumpang bangga dan senyum.

Bila pula adiknya Ella akan turut berhijrah sepertinya? Kita doakan yang baik2. Hokeh.

Sumber : Kosmo

2 comments:

  1. alhamdulillah,teruskan amalan murni itu dgn lebih istiqamah....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,teruskan amalan murni itu dgn lebih istiqamah....

    ReplyDelete