Nuffnang

Friday, August 5, 2011

MASAKAN PETANG KHAMIS



Eyooooo! Selamat malam semua. Hamboiiii masing2 dah keletihan balik terawih dan ada yang mengulang makan semula. Kita pun ada hati juga nak upload entri masakan. Biarpun tak sesedap mana tetap nak tepek...muehehe

Orang tak berapa pandai memasak, beginilah rupanya. Burok ko!...lalala. Janji perut incik asben kita kenyang sudahlah. Ini hasil masakan kita petang semalam. Actually entri ni masuk malam tadi tapi nak buat macam mana ada orang tu terlelap sampai terhantuk lappy. Shhhh! Malulah awak, diam2 hokeh..hohoho

Masak kacang panjang goreng berudang. Begitulah kita kalau nampak udang mesti beli. Kata orang biar alah makan dari alah membeli. Eh! Betul ker kita sebut ni? huhuhu





Ini pulak acar ikan. Bukan acar nenas hokeh, diulangi acar ikan. Biasa kita makan acar ikan waktu dalam pantang. Arwah mak kita mesti masakkan. Sedap rasanya ada masam2 gitew.

Kalau nak masak acar ikan ini boleh guna ikan bawal, ikan merah, ikan kerapu, ikan tongkol dan kembung. Selain ikan boleh juga di gunakan dalam masakan tapi kurang marbeles...hehehe. Pandainya haku! Tak kisahlah ya awak nak guna ikan apa, janji boleh di makan. Jangan burudu katak sudahlah ya. Cett! Geli mak :)




Wah! Tersenyum simpul bagi pecinta ikan pekasam atau ikan masin. Makanan paberet incik asben kita. Dia pantang jumpa ikan masin atau ikan pekasam. Dia punya makan mengalahkan perut untuk 3 orang. Kita je control sebab tak mahu dia terkena darah tinggi. Ikan2 sebegini garamnya cukup banyak so kena berhati2 terlebih dahulu.

Kita kalau goreng ikan masin atau ikan pekasam suka letak bawang dan lada yang digoreng sekali lalu, bukan apa untuk menghasilkan bau yang cukup menyelerakan. Bila nak makan perahkan limau kasturi.

Ishh! Sedap punya pasal sampai mak mentua lalu pun tak nampak...huhuhu


No comments:

Post a Comment