Nuffnang

Friday, August 5, 2011

RAMBUTAN GADING



Rambutan lekat, rambutan gading, rambutan kuning dan macam nama atau gelaran diberi si buah berbulu kuning ini. Dalam banyak-banyak jenis buah rambutan, inilah spesis yang kita paling suka. Isinya yang tebal dan manis.

Kita panggil rambutan gading, bukan gading gajah hokeh! muehehe. Kita tak makan gading gajah, orang tut je yang makan..lalala.





Rambutan ini biasa kita makan zaman kanak2 ribena dulu, itu pun kalau balik rumah atok di Batu Pahat barulah dapat menjamah. Biasa sangat makan rambutan yang warna merah. Dah tak kisah sangatlah dengan rambutan merah tuh!





Rambutan gading ini incik asben kita yang bawa balik dari surau selepas solat sunat terawih. Dia tahu kita suka rambutan ni sebab sebelum puasa kami ada pergi Larkin untuk membeli buah rambutan untuk pejabat dia, so bila kita suggest dia cakap rambutan ini boleh jadikan orang batuk.

Glurppp! Puas memikir, mungkin orang tak tahu teknik makan rambutan ni. Rambutan ini kalau makan cepat2 sure sabutnya ikut sama. Jadinya kalau nak makan rambutan gading kena slow and steady. Hokeh!

Incik asben kita bawakan untuk kita 2 biji. Yelah amik dekat surau manalah boleh banyak2, sikit sama sikit dan banyak samalah banyakkan.

Anyway terima kasihlah ya incik asben bawakan kita rambutan pojaan hati semalam.


No comments:

Post a Comment