Nuffnang

Thursday, August 18, 2011

TERRA THAI



Penduduk atau pelawat yang berkunjung ke Johor Bahru rugi kalau tak singgah ke Terra Thai, dimana ianya sebuah restoran milik sepasang suami isteri ini tentunya akan menyemarakkan selera di bandar raya Johor Bahru. Ia bukan sekadar kediaman persendirian berlatarkan sejarah. Transformasi cemerlang telah membuatkannya muncul sebagai sebuah restoran yang menghidangkan variasi hidangan Siam.





Kalau adat orang Melayu dahulu menyambut tetamu dengan sirih, orang Siam tentunya dengan mieng kum atau dikenali dengan panggilan pinang kaduk. Tujuh bahan berlainan tekstur dan rasa iaitu kacang panggang, udang kering, limau nipis, kelapa, potongan kecil halia, bawang dan cili api rapi dibungkus dengan daun kaduk yang bersira sos gula merah.






Sambil mencuit sedikit demi sedikit hidangan pembuka selera seperti somtam (kerabu betik) dan ya woon sen (salad udang dengan suhun), pesanan nasi putih yang panas dan beraroma pasti tidak lengkap tanpa menu-menu seterusnya.






Tomyam talay nam khon yang merah dan pekat membuatkan peminat rasa masam dan pedas kecur liur. Begitu juga dengan geng kiew wan gai atau ayam kari hijau yang enak diiringi kesegaran daun selasih.






Makanan laut lain seperti udang dan ketam masing-masing turut disediakan dalam pelbagai kaedah masakan dan persembahan menarik.

Gabungan lima rasa utama dalam masakan Thai iaitu manis, masin, lemak dan pedas banyak diterjemah dalam menu restoran ini. Bagi memuaskan selera, cubalah mag khea chub kai chim nam prig kapik (terung goreng bersalut telur), kao soi (mi kari daging dengan rempah Thai) dan gai bai kapau (ayam digoreng dengan daun selasih).

Akhiri kunjungan selera anda dengan kao niao mamuang (pulut mangga) atau segarkan diri dengan ruam mid iaitu kombinasi potongan kecil nangka, keladi dan jeli Thai dalam ais garut dan santan. Sememangnya di Tera-Thai Fine Dine, apresiasi kulinari akan membawa anda jauh dalam budaya Siam.

Datanglah ke Terra Thai yang terletak di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.


No comments:

Post a Comment