Nuffnang

Wednesday, August 17, 2011

DRAMA : KASIH LAMPU ISYARAT

Sumber Google


Rabu, 17 Ogos 2011

Sekadar berkongsi drama swasta petang semalam di persimpangan traffic light antara Taman Pulai Perdana dan Taman Teratai. Bila kereta sampai di lampu isyarat betul2 bertukar merah. Kita berhenti line tengah. Manakala sebelah kanan sebuah kereta kancil dan kanan kereta wira. Tiba2 pemandu kereta kancil seorang wanita usia dalam 30an dengan wajah garang keluar mendapatkan kereta wira. Di dalam keretanya ada seorang budak perempuan kecil seusia 5-6 tahun. Dalam kereta wira ada sepasang suami isteri usia lewat 50an.

Kita memerhati je dari dalam kereta, agak kuat perempuan itu menghamburkan kata2 walaupun cermin kereta kita tak berbuka langsung, boleh kita dengar dengan jelas begitu juga pemandu2 yang lain, semua memerhati sama. Kita nampak perempuan mengeluarkan kata2 kesat dengan sepasang suami isteri itu, kita nampak suaminya sesekali menjawab dan isterinya mendiamkan diri.

Aisehhh, ayat2 pempuan tu cukup seriau kita mendengarnya, nak tulis pun tak sampai hati :). Kita olah balik cara sopan hokeh.

" Ko ingat aku bodoh, dah sedap main (main pondok2 kot...hahaha) nak tinggalkan aku! "

" Abis tuh p****t aku ko nak biar camni?, ceraikan bini ko sekarang "

" Eiii perempuan ko ajar laki ko, b****g je boleh harap tapi pengecut "

" Aku buat ko sampai melutut dekat aku " (Fuyooo...ada ke org leh buat org, mgalahkan tuhan)

Lampu hijau menyala kita tinggalkan adengan kusut masai tu dengan deruman injin kereta kita...huhuhu, kereta kiri kanan belakang kita semua hon2. Drama swasta percuma petang semalam...hahaha. Kisah apa ya? Skandal kot!

Banyak lagilah yang kita dengar hamburan dari wanita garng giler tuh, nak cakap apa ya boleh geleng kepala je. Mana pergi harga diri seorang wanita? Mana dan dimana???? Si anak dari dalam kereta kancil yang terbuka tingkapnya melihat riaksi si ibu, bagaimana ya? Kesian isteri lelaki tu kena hambur macam2 yang buat hal suaminya. Kita respect istteri lelaki tu, diam je. Yelah apa nak takut negara ada undang2 ye tak?

Boleh ker berbunyi jika sebelah sebelah tangan beriya2 menepuk? Bab nafsu memang lelaki suka melayan berbanding dengan wanita melayan perasaan. Bab nafsu syaitan suka membisik! Buatlah manusia, buatlah! Bila dah terhantuk, susah sendiri.

Moralnya, jauhkan dari godaan. Dari mana? Perempuan dengan mudah akan menanganinya. Aurat tak semestinya pakaian, batas pergaulan kena jaga. Apa pun jagalah rumahtangga masing2 itulah kesempurnaan.

Moga petang ni tak jumpa lagi drama swasta yang tak bermoral langsung. Huh! Buat sesak jalan je.


No comments:

Post a Comment