Nuffnang

Wednesday, August 17, 2011

TOPUPKAN DIRI DENGAN KEBAIKAN

Selasa, 16 Ogos 2011

Esok dah hari rabu, banyak kerja yang perlu kita settlekan. Selain mengejar sebelum tamat tempoh penghantaran kepada pengguna2 yang sentiasa menanti emel dari kita.

Kalau boleh semua kerja kita nak settlekan sebelum Oktober termasuk projek2 tahunan yang sudah diamanahkan.

Dalam kerja juga perlu ada target, bukan setakat untuk diri sendiri saje malah untuk majikan juga. Begitu juga kalau nak mohon doa kebaikan bukan untuk diri sendiri sahaja, malah untuk orang yang tersayang, ibubapa, rakan2 kita dan majikan, itu yang sebaik2nya.

Hidup ini umpama bersedekah, banyak pelaburan maka banyaklah pahalanya walaupun ianya tak nampak dari pandangan mata kasar.

Sepatah anak dara kita kata, apabila kita bersolat dapat pahala. Pahala tu tak nampak tapi kalaulah pahala itu dalam bentuk duit makanya berduyun2 manusia nak bersolat, silap2 saf paling depan. Ya tak?

Indahnya hidup kalau kita tahu menilai kebaikan diri kerana Allah Taala. Doakan orang disekeliling kita moga dijauhkan dari melakukan kemaksiatan dan dosa.

Perbanyakkan topup kebaikan untuk diri sendiri, itulah bekalan kita nanti. Insyallah.



No comments:

Post a Comment