Nuffnang

Saturday, September 3, 2011

JURUKAMERA BERNAMA TERBUNUH TERKENA TEMBAKAN DI SOMALIA


Al-Fatihah buat seorang Jurukamera BERNAMA Noramfaizul Mohd Nor, 41 yang telah meninggal dunia ketika membuat liputan berita di Mogadishu Somalia pada hari Jumaat iaitu pukul 11.07 malam waktu Malaysia semalam.

Baru menonton berita baru2 ini mengenai Misi kemanusiaan ke Somalia Kelab Putera iMalaysia dan Bakti dua hari lepas tak sangka Misi ini akan mengorbankan nyawa.


Menurut maklumat yang baru dibaca beliau telah terkena tembakan curi dibahagian bahu yang menembusi paru-paru beliau dimana tembakan tersebut sepatutnya ditujukan kearah Ttak tentera kerajaan yang mengiringi para media.

Ketika kejadian arwah duduk pada bahagian tingkap. Memang dari apa yang aku terbaca sebelum ni, Misi Bantuan mengalami masalah bila keadaan tidak terkawal ketika menyampaikan bantuan.

Kita harap para petugas Misi bantuan dilindungi sentiasa hendakNya.


No comments:

Post a Comment