Nuffnang

Saturday, September 3, 2011

PUSARA BONDA


Kita tidak punya banyak impian cuma yang seingat semasa kecil lagi inginkan ada keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Alhamdulilah memang jadi kenyataan. Kita selalu cakap dalam diri sendiri kalau boleh tak mahu ada yang pergi terlebih dahulu, biarlah kita mendahului mereka2 yang kita sayang.


Akhirnya tanggal 2 Januari 2006, menjadi keyataan yang mana terlalu perit untuk semua orang terima, aku bagaikan kanak-kanak kecil yang diberi makan peria pahit tapi siapalah kita untuk melawan kehendakNya.



Walaupun insan yang kita maksudkan telah pergi 5 tahun yang lalu namun sentiasa dihati kami. Semacam satu kenangan perbadi yang tidak akan dilupakan, terlupa penat segalanya kalau bercerita tentang dirinya.

Tetiba entah dari mana tidak semena-mena aku terkenangkan memori kira-kira 7 tahun yang lalu, dimana gambaran wajah arwah bersamaku menjelma di lappy ini diketika itu beliau juga ada disisi ketika menyambut Aidil Fitri.



Sekiranya ada masa terluang sebulan sekali pasti kita akan menjengah pusaranya seperti biasa biar pun sekadar membaca AlFatihah dan mencabut sehelai daun rumput. Itu sudah cukup buat kita rasa puas bersamanya.



Hari ini anak2 dan anak buah kita hanya kenal pusaranya, kalau tanya nenek dimana? Jawabnya dah tak ada. Kesian mereka tak kenal betapa besar dan penuh kasih sayangnya nenek mereka. Mereka hanya dapat mendengar dari penceritaan.



Kita merasakan cukup beruntung sebab lahir sebagai anak merdeka kerana tak pernah merasa makan ubi kayu, ke sawah bentang, rumah yg berlantaikan tanah beratapkan langit atau ketakutan ketika tentera jepang datang utk meratah daging perempuan melayu yg terkenal empok diseluruh dunia atau tak payah bersilat gayong seperti Tun Teja, Tun Fatimah untuk melawan portugis.

Tapi mak kita dulu merasai kesannya sehinggakan mereka boleh mengimbau kesan sejarah tanahair. Namun itulah mak dan nenek kita, sehingga disemadikan pun sebelah menyebelah.

Al Fatihah buat mak dan nenek.


No comments:

Post a Comment