Nuffnang

Saturday, September 3, 2011

RAYA DI KAMPUNG HALAMAN MENTUA



Inilah kampung halaman incik asben kita versi raya. Selepas ziarah pusara bonda terus kita menuju ke Muar menyambut raya dengan ibubapa mentua. Arghhhh! Sunyi sepinya. Masing2 beraya di rumah mentua dan yang ada adik ipar bongsu bersama suami.

Ini saja yang mampu kita upload sebab tak ada gambar potrait masing2 tak bersedia so kurang elok untuk di publish. Kita suka gambar rumah kelahiran incik asben ini masih kekal ciri suasana kampung.



Sudah menjadi kelaziman setiap tahun, pada waktu cuti perayaan begini, warga kota akan beramai-ramai “berhijrah” buat sementara ke kampung halaman masing-masing.

“Penghijrahan” secara besar-besaran ini, yang lazimnya berlaku pada cuti Hari Raya Aifidlfitri dan Tahun Baru Cina, telah secara tidak rasminya menjadi sesuatu penting dalam budaya rakyat Malaysia. Termasuklah kita :)



Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ada juga diantara kita yang sudah menganggap bandar itu sebagai kampung halaman mereka kerana tidak lagi mempunyai kampung.

Bagi kita dan keluarga pula, seperti tahun-tahun lepas, kami menyambut raya secara bergilir2 dihari pertama Aidilfitri. Walau bagaimanapun kita amat berterima kasih kerana mempunyai peluang untuk balik ke kampung halaman kita di Johor Bahru sepanjang tahun dan bukan untuk Hari Raya Aidilfitri sahaja. Tak mencabar sungguh...hehehe

Dalam kita bergerak ke hadapan, kita tidak seharusnya melupakan kampung halaman, walau sejauh mana kemodenan yang telah dilalui oleh kampung kita itu. Tidak kira di mana destinasi kampung halaman anda samada di kawasan bandar mahupun luar bandar, kita doakan agar anak2 kampung tak mudah lupa diri dan asal usulnya.


2 comments: