Nuffnang

Wednesday, September 7, 2011

KEMBALI KE FITRAHKU

Tahun ini kefahaman kita tentang puasa dan aidil fitri lebih bertambah baik. Terima kasih atas program-program istimewa di TV dan radio yang sangat banyak membual bicarakan perihal puasa, kaitannya dengan takwa serta meraikan kemenangan kembali kepada fitrah.

Begitu juga bahan-bahan bacaan yang sangat membantu saya lebih memahami ibadah puasa ini melangkaui perbuatan menahan diri dari makan dan minum sahaja. Semua itu, membuatkan kita berfikir-fikir sendirian :)

Apa yang kita mahu dengan ibadah puasa ini. Selepas berlalunya Ramadhan dam kini Syawal, bagaimana ya? Berolehkah kita takwa sepertimana yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran.

Berkesempatankah lagi kita melalui Syawal yang akan datang? Masih adakah umur nanti pada ketika itu? Aduhai! Sebahagian besar soalan itu saya tak punya jawapannya dan semuanya hanya dalam ilmu serta pengetahuan Allah sahaja.

Menjaga diri diri dari segala sifat buruk dan memperbanyakkan amalan-amalan kebajikan. Lakukan apa yang dicintai Allah dan Rasul-Nya. Menunjukkan kasih sesama manusia.

Insyallah :)


No comments:

Post a Comment