Nuffnang

Thursday, September 8, 2011

KENAPA SUKA MENULIS BLOG?



Menulis blog ini satu hobi yang sangat menyeronokkan. Kerap kali juga kita membaca kembali apa yang telah kita tulis. Macam-macam ada :)

Menulis mengikuit emosi gembira, kelakar, sedih, marah dan sentimental jelas dapat dibaca menerusi apa yang kita tulis. Sudah pasti, hobi menulis ini sangat mengujakan.Tak tipu ya...hehehe

Adakalanya kekeringan idea juga. Berlaku bila kurang membaca atau kurang berada dalam majlis ilmu. Banyak membaca sangat membantu untuk menulis. Banyak mendengar, membuka minda untuk berfikir dan bermuhasabah.

Menulis blog tidak seperti menulis karangan seperti zaman sekolah2 dahulu. Menulis blog bebas dan tidak terikat dengan tatabahasa. Jadi menulis pada ketika seperti ini, bukanlah satu beban. Menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran dan bersantai. Sejak mula berblog , bagi kita menulis adalah hobi yang dekat dengan hati.

Ada seorang cendikawan berkata, ,ata pena lebih tajam dari padang. Kita tak tahu samada mata keyboard, boleh diumpamakan sedemikian rupa. Tapi paling perlu berhati-hati dan beringat, lidah manusia lebih tajam dari pedang.

Apa pun nak kata…Say no to mengumpat. Hokeh !


No comments:

Post a Comment