Nuffnang

Thursday, September 8, 2011

PUDAR


Ada sedikit meaej yang kita nak sampaikan kalau di lihat dari photo yang kita letakkan di atas dan bawah sana. Mungkin ianya terlalu simbolik.

Sebenarnya, tidak ada istilah kemesraan dan kasih sayang yang berkekalan dalam hidup kita. Setiap hari pasti akan ada ujian yang perlu kita tempuhi.

Ada banyak cara untuk mengekalkan sesebuah perhubungan. Walaupun mungkin tidak dapat sehangat ketika mula bercinta, tetapi ianya boleh membina kemesraan yang baru. Pakar motivasi ada mengatakan yang kita harus selalu mengucapkan kata-kata manis kepada orang yang kita sayangi, bertolak ansur, dan lain-lain lagi.


Sikap orang kita yang kurang membaca dan kurang pengetahuan didalam agama menjadi punca kepada kurangnya ilmu untuk menangani setiap masalah yang berlaku.

Jujurlah dengan perasaan kita sendiri. Jika tidak dapat meneruskan sesuatu perhubungan, luahkanlah kepada pasangan kita. Jangan biarkan kasih sayang itu pudar begitu sahaja umpama kain, lama kelamaan pudar sebab terbiar kurang penjagaan.

Renung2kan dan selamat beramal :)


No comments:

Post a Comment