Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mencemar Duli untuk melancarkan buku Sejarah Adat Istiadat DiRaja Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pagi tadi.
Buku berkenaan yang ditulis oleh, Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor Dato’ Haji Abdul Rahim bin Ramli adalah berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman beliau merancang, mengurus dan melaksanakan istiadat istana selama 40 tahun. Beliau merupakan Karyawan Tamu UTM.
Buku tersebut diterbitkan oleh Penerbit UTM Press mengambil masa setahun untuk proses penerbitan termasuk mengumpul bahan, menulis, menyunting dan mencetak.
Buku ini memaparkan adat isitadat Kesultanan Johor bagi membolehkan pembaca mengetahui dengan lebih mendalam mengenai asal-usul adat istiadat istana Johor yang memang terkenal dengan ciri-ciri kebudayaan yang unik.
Beberapa aspek evolusi sejarah dan kebudayaan ikon Johor, seperti pakaian Melayu Telok Belanga, Askar Timbalan Setia Negeri, Lagu Bangsa Johor dan Mahkota Kerajaan terdapat dalam buku ini
Selepas itu, baginda berkenan melancarkan minyak wangi Sultan Ibahim Satu (SI 1) dan Sultan Ibrahim Dua (SI 2) yang merupakan minyak wangi yang direka khas oleh penyelidik di Institut Pembangunan Bioproduk, UTM untuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim.
Minyak wangi tersebut dihasilkan melalui pelbagai proses dari sumber yang dipilih secara teliti dari bahan yang berkualiti dan bermutu tinggi seperti minyak pati Zaffran yang diimport khas dari India dan minyak pati ambar dari Iran.
Bahan utama menentukan ketahanan bau minyak wangi ini adalah minyak pati gaharu gred A yang diperolehi dari pengeluar tempatan selain gabungan pati minyak kijang dan kasturi yang merupakan bahan tambahan dan menjadi nadi bagi menghasilkan aroma yang menarik dan mengharumkan.
Saksikanlah ya dekat berita TV3 malam ini, kot2 batang idung ni ada kuar tv...hehehe
salam ziarah
ReplyDeletebestnya dpt kuar tv...
dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com