Nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

PENULIS?

Rasa nak tergelak sahaja bila rakan menyarankan kita menulis novel. Hurgggh! Silap orang nih...hahaha. Katanya ramai menghasilkan buku hasil kompilasi tulisan-tulisan mereka di dalam blog peribadi. Mungkin beliau melihat kita tak jemu-jemu menulis di ruang ini. Hehehe…

Kita menulis di blog sekadar hobi sahaja. Tak berniat mencari wang dari apa yang dilakukan ini. Menurut mereka kita boleh dapat wang sampingan. Namun biarlah, menulis bukan untuk mencari wang. Ceh!

Sekarang bila fikir semula, menulis buku itu idea yang sangat luarbiasa. Mana tidaknya, ia bukanlah yang pernah kita mimpikan untuk dilakukan. Bukan untuk mendapatkan wang dari jalan ini, tetapi lebih kerana minat yang satu ini.

Namun siapa tahu. Ya, siapa tahu apa yang menunggu kita di masa hadapan. Begitu jua siapa tahu, mungkin juga boleh jadi seorang penulis buku. Emmm! perasannya aku...hehehe


No comments:

Post a Comment