Nuffnang

Monday, September 26, 2011

PERGAULAN BEBAS TAHAP MELAMPAU

Kegagalan mengawal nafsu didorong pergaulan bebas tanpa had di luar rumah menjadi faktor seseorang terjebak dalam kancah hubungan terlarang dengan orang lain yang ditegah agama, biarpun sudah berkeluarga.

Ia akan menjadi bertambah buruk apabila keadaan sudah tidak terkawal dan pada masa sama tiada perhatian khusus diberikan ahli keluarga atau kenalan terdekat bagi membantu membimbing mereka kembali ke jalan betul seperti disaran agama.

Pendakwah bebas dan tokoh agama, Datuk Hassan Mahmud, berkata tidak timbul soal kemaruk seks dalam hal kehidupan berumahtangga kerana sepatutnya ia dibina berdasarkan kasih sayang dan persefahaman yang mantap antara pasangan.

Katanya, akibat pergaulan bebas melampau, seseorang itu pasti sukar meninggalkan tabiat buruk yang dilakukan apatah lagi jika ia berterusan tanpa tegahan individu bertanggungjawab seperti ibu bapa dan suami isteri.

Bagaimanapun, ia boleh dielak jika suami atau pasangannya itu memberi fokus kepada rumahtangga menjadikan didikan agama sebagai keutamaan.

Moral of the story dari artikel di atas, jagalah batas pergaulan, tingkahlaku dan paling utama agama jangan sesekali di belakangkan. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang dan kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi :)

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment