Nuffnang

Monday, September 26, 2011

TIPS INGIN BERCUTI KE BANDUNG?

Kita pinjam tips ini dari blog mamaLUV bagi yang berminat nak ke Bandung, Indonesia. Cuba baca tips2 yang dia beri. Cubalah baca kat bawah tu ya. Selamat membaca!




1) Tambang murah Air Asia

Booking awal??..ya.. jawapannya anda mesti booking awal serta ikuti promosi tambang murah air asia yang ada ikut musim2 perayaan. Kalau kena hari dan waktu yang sesuai bolehlah dapat RM150 tiket pergi dan balik.. wow.. hebat tu.

Maka rebutlah peluang yang ada dan selalulah surf laman web air asia. Selain air asia MAS juga ada buat promosi tambang murah ke Bandung. Akak akan kesana dengan family pada cuti sekolah 31 mei hingga 3 Jun 2011 tapi sebenarnya tiket tu dah beli pd tahun yang lepas bln 10 lagi. Kebetulan masa tu promosi all in RM250 pergi balik MAS.

Akk dengan adik akan shopping dan para suami pula main golf di Mountain View Golf Club di Dago.Oh ya airport tax utk pulang IDR150,000. Kalau boleh kena sediakan duit syiling banyak2 kerana di sana sentiasa banyak beri tip.

Kalau naik flight MAS utk ekonomi 20kg, Air Asia 15kg. Seeloknya jangan le bawak bekal baju banyaks angat nak ke sana, macam akk bawak 2 lai jer.. pastu yg lainsemua shopping sana. kalau beg dah penuh nnti camne nak isi barangan belibelah sana, terpaksa pulak beli beg 3.4 biji lagi. kan menyusahkan namanya.


2) Hotel

Ok sekarang akk nak bercerita pasal Hotel pulak..Hotel banyak pilihan dan bergantung kepada harga atau budget kita...kalau nak murah ada hotel New Naripan dan hotel Cemerlang dalam lingkungan bawah RM100 je semalam. Hotel Royal Dago 2, Rumah Ebo, Hotel Cihampelas, Hotel Ardellie, Hotel Patradissa, hotel Mutiara. (Boleh surf nama hotel ni utk buat booking secara online atau talipon).

Lokasi hotel jugak penting. Perlu dekat shopping area... nnt akk terangkan dalam post bak shopping esok atau seterusnya nanti. tapi hotel2 yang akk akan rekomen ni semuanya dekat2 dgn shopping area yg famous.

Biasanya suami akk akan booking hotel melalui www.agoda.com untuk dapat rate hotel yg murah. Biasanya akk stay dekat Aston jalan Braga...sangat dekat dengan pasar baru (kawasan shopping yang paling terkenal di Bandung). Aston rate yang biasa dapat dalam lingkungan RM150 semalam.

Kalau yang ada 2 bilik style apartment... RM240 semalam boleh stay utk 3-4 orang. Kalau ke Pasar Baru boleh juga jalan kaki kalau mahu. Pagi2 tak sibuk sangat.. so boleh jalan kaki je ke sana sambil menyedut udara dingin.. Aston juga terletak di kawasan Mall yg sesuai utk shopping, bila keluar jer dari hotel boleh jalan2 cuci mata dan makan2 kawasan tersebut.

Tapi cuti sekolah nnt akk tinggal di Novotel Bandung (4 star hotel) dapat rate RM140 semalam (tempah awal...semalam tengok rate dah RM240 semalam). Hotel ni juga dekat dengan shopping area di Cihampelas sbb hotel ni terletak di jalan Cihampelas. Hotel Majesty dan hotel Grand Setiabudi juga sesuai utk family kerana apartment style... dan rate yg murah bawah RM150 semalam je.

3) Teksi

Public transport di Bandung sangat bagus dan convinience. Dari Bandara (airport) ke hotel hanya RP45,000 aje(RM15). Gunakan Blue Bird teksi, perkhidmatan terksi terbaik di sana. Kebiasaanya untuk ke tempat2 shopping mintak je pak supir teksi tunggu. (Jangan lupa ambil nombor telpon pak supir agar senang nak call balik semasa di parkir nnt).

Kos menunggu tak mahal sangat dan memudahkan urusan kita utk membeli belah kerana banyak tempat yang akan kita pergi serta pak supir boleh bantu kita angkat barang2 ke teksi. Biasanya kos seharian jalan2 shopping dengan teksi blue bird (dia pakai argo=meter) RP250,000(RM80) bergantung berapa lama kita bershopping dan jalan2. Pak supir (blue bird) boleh kita percayai dan boleh harap.

Perhatian: Kalau naik teksi selain blue bird dan tak punya meter tanya dulu harga berapa...kalau harga tu kita pastikan murah contohnya dari Aston mahu ke Dago plaza atau factory outlet jalan Dago dalam IDR10,000~IDR20,000 jer (RM3.50 ~RM7.0). Kalau nak naik angkutan kota boleh lagi murah IDR1000~IDR2000 bergantung pada route yang angkutan kota (sebuah van yang bergerak angkut penumpang sepanjang jalan yg ditetapkan).

So nak shopping ni cerewet sikit kena bawa barangan shopping lagi, kena kenal tempat nak berenti lagi...so dicadangkan taksi sbb boleh arah jer pak supir kemana kita nak pergi janji tahu nama kedai dan jalan yang nak pergi..buat planning iltenary awal2 okay selamat dan murah...

ok.. akak rasa cukup di sini dahulu utk bab nak dapatkan hotel dan teksi, esok akak akan sambung lagi mungkin bab shopping barangan kulit, pakaian branded,spa,tempat makan atau makanan, barangan apa yg di sarankan beli kat sana yg best dan juga cara dan di mana nak tukar wang.

Kalau ikut hati nak cerita panjang lagi ni tapi nanti nampak nampak `kelabut` sikit... heheh, okle... jumpa lagi seterusnya.



5 comments:

  1. Baguslah ada tips sebegini terutama bagi yang baru nak pegi. Saya pernah pegi Bandung, tapi dari Jakarta dan ikut pakej. So, tak pening nak fikir apa lagi, sebab dah bayar pakej. Keta tunggu depan pintu hotel dan bas serta pemandu pelancung bawa jer.

    Terimakasih berkongsi info. Saya pun suka baca, sebab nak tahu pengalaman orang lain pula.

    ReplyDelete
  2. dulu jiran blogger saya pernah gak gi bandung ni..dapat sorang pemandu pelancong yang sangat baik kat sana... :)

    ReplyDelete
  3. Sunah Sakura : nASIBLAH KALAU GI MLANCUNG NI..KKADANG OK DAN SEBALIKNYA

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete