Nuffnang

Monday, September 26, 2011

SHOPPING EKSESORI MUSIM SEJUK


Alhamdulilah semalam kita masuk Metro Jaya di Plaza Pelangi dengan buah hati kita, siapa lagi anak bujang kitalah ya. Incik asben kita sibuk bertugas konvokesyen.

Selepas berurusan di asrama atas kebenaran warden terus kita bawa anak outing di Plaza Pelangi. Memandangkan perut dah berkeroncong kita pun masuk sebuah cafe, Sizzling Stonegrill. Makanlah fried rice dan fried kuew teow bersama minuman jus epal.



Bila perut dah kenyang kita mulakan operasi mencari sedikit keperluan aksesori pakaian sejuk. Memandangkan tarikh nak ke London sudah kian hampir kita pun menambah sedikit mana yang patut.



Memandangkan Metro Jaya sedang buat sales so apa lagi kita ambil kesempatan untuk berbelanja di sana. Tak banyak mana pun kita shopping tapi barangan musim sejuk memang agak mahal di Malaysia. Tiada pilihan lain so kena beli juga.



Kesemua pic ni kita tukar warna sephia kecuali stokin, bagi surprise kat geng2 yang pergi sama...hehehe. Tak bestkan kalau dah nampak warna apa yang kita pakai nanti...hehehe. Cettt! Biarlah rahsia. Kawan2 kita ramai yang membaca blog ini...meow!



Hanya kasut yang belum kita survey lagi, kalau ikutkan ada juga kasut leather Bonia yang kita beli last year tapi macam nak cari sport shoes lah pulak. Banyaklah permintaan kita...huhuhu

Bagi kawan2 diluar sana sesiapa yang sedang tercari2 pakaian atau aksesori untuk musim sejuk bolehlah datang ke mana2 cawangan Metro Jaya yang sedang ada jualan murah. Murah? less hanya dalam 20% je tu. Kelekut! hahaha

Kita beli ala kadar sahaja di sini selainnya beli di London sebab lebih murah kalau dibandingkan dengan harga sini. :)


2 comments:

  1. Akak, wat pe kat London? mkn angin ke?? bestnya ..

    ReplyDelete
  2. kakchik@ella : Lawatan sambil belajar lah KC...+++ hirup angin...wakkaka

    ReplyDelete