Nuffnang

Sunday, September 25, 2011

TETAMU PAGI


Seawal pagi loceng rumah kita dah berbunyi ding dong! Aiyakkk! Siapakah gerangan yang nak beraya pagi2 buta nih? hehehe. Kita lom mandi weyhh! hehehe



Alamak beratnya hati nak terima tetamu pagi2 buta nih, tanpa bagi tahu awal nak datang. Bukan tak sudi nak terima tetamu tapi biarlah kita dalam keadaan bersedia dan paling utama ada sedikit masakan dari air tangan kita. Siapa ya?



Kita pun turun dari tingkat atas, bila buka pintu tak nampak pun bayang manusia atau pun mahluk paling seksi ke yang nak datang pagi2 buta nih dekat luar pagar...hehehe. Kereta lagilah tak nampak bayangnya. Mahluk halus ke? hehehe. Ishhh! Di jauhkan.



Kita pun keluar dari pintu dan pergi pagar cuba menjengok luar pagar. Bila kita dongak dekat pagar, molek je ada bungkusan plastik merah. Kita capai dan tengok dalamnya ada buah pelam. Boleh agak dah pemberian dari siapa, sudah tentu jiran sebelah rumah. rasanya kita pernah buat satu entri tentang buah pelam dia yang kita idamkan tapi malu2 kucing.Dia terbaca ke? :)

Alhamdulilah 7 biji dia bagi kita buah pelam. Kita dah peram bagi dia masak dulu. Tak sabo nak makan. Akhirnya dapat juga aku menjamah ko kak pelam...hehehe.

2 comments:

  1. huh..rezeki.....makluh pelam ada kaki

    ReplyDelete
  2. DIARIES NANA : Hi3...x sabo nk makan...syyy tgh peram dalam kabinet dapur...:)

    ReplyDelete