Nuffnang

Tuesday, October 4, 2011

CUACA BENUA EROPAH MASAKINI





Hasil bacaan dari blog2 dan sebagainya mengenai kota London...

Cuaca di sana kembali menjadi bahan bualan kerana ada sedikit keanehan. Bulan September sudah berakhir, Oktober sudah memasuki awal bulan. Tradisinya sekarang musim gugur awal. Daun-daun menguning berguguran. Angin berhembus keras sehingga pepohonan mengugurkan banyak daunnya.

Begitulah pandangan kebiasaannya kalau musim gugur datang atau atumun. Musim ini berjalan sesudah musim panas antara Mei sampai Ogos yang dilanjutkan nanti bulan November dengan musim dingin. Tahun ini musim dingin juga mencatat rekod, London diliputi salji tebal selama beberapa hari.

Ini catatan dari media Eropah mengenai suhu udaranya sekarang. Rekod terdahulu tercatat bulan Mac 29,4 darjah celcius.

Menurut ramalan cuaca dari BBC, bulan Oktober ini kemungkinan akan pecah rekod baru hari Sabtu 1 Oktober ini. Ya kita tunggu lah, kalau menurut ramalan suhu mencapai 29 darjah celcius. Panas tuh :)

Hari Khamis, Kew Gardens di London barat yang terkenal dengan taman yang hijau mencatat rekor 28 darjah celcius, suhu tertinggi selama ini mengalahkan York 27.8 tahun 1895.

Suhu tinggi ini akan terjadi di sebahagian besar London. Namun hari Minggu suhu sudah akan menurun . Mudah-mudahan kalau di London cuaca panas yang sesekali sepanjang tahun daerah di Inggris ini lebih diselimuti dingin daripada panas. Jadi begitu panas 25 darjah celcius saja terasa dan bahkan tidak sampai 30 darjah celcius mengikut ramalan cuaca. Cuba bandingkan dengan Malaysia, yang sentiasa panas dan tiada 4 musimkan?

Biasanya kalau cuaca terlalu panas atau terlalu dingin kereta api mengalami sedikit gangguan. Perjalanan akan diperlambat kerana ditakuti tergelincir. Semoga ini tidak terjadi semasa kita dari London ke Paris nanti.

Sekian, yang boleh kita kongsikan bersama untuk panduan bersama rakan2 yang akan ke benua Eropah. Cuaca sebegini memang sesuai untuk bercuti ke kota London. Huh! Tak sabo makk :)


2 comments:

  1. nice info kak... semoga selamat sewaktu d sana nnti...^^

    http://jomkongsistory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ~C-K-K~ : Macih, insyallah doakan akk sampai sana nnt...

    ReplyDelete