Nuffnang

Friday, October 7, 2011

WARNA SEBENAR SEBUAH KEHIDUPAN


Sekadar dan renungan untuk hari jumaat yang mulia.

Pernah tak terpikir oleh kita semua, kenapa orang yang begitu baik tiba-tiba boleh menjadi ganas, memberontak, menangis dan sebagainya?


Ya. Sifat-sifat memendam dan menahan rasa diri yang sebenarnya. Pelbagai jenis dan rentak hidup manusia, sebab itu jangan disangka rumah yang besar dan kereta yang menjalar belum tentu menjanjikan kebahagiaan.

Kadang2 Allah campakkan rasa sakit hati, marah, cemburu dalam diri seseorang. Terlalu berat untuk dipikul juga termasuk anak-anak tidak boleh merasai kebahagiaan. Setiap pasangan mesti inginkan kebahagiaan yang hakiki dan lahir dari kasih sayang yang sebenar bukannya sekadar berpura2 atau sandiwara dunia.

Dan fahamilah betul2 bahawa masalah sebenar kita akan bermula selepas kita mati, bermula alam kubur nanti. Sudahkah kita bersiap sedia atau sekadar berkata 'argghhh! Tuhan bukan nampak aku nak buat maksiat, dosa dan pahala belakang kira'

Tanyalah hati, berdosakah aku pada ahli keluargaku dan rumahtanggaku, akibat kelalaianku?

Dari itu tanamkan rasa cinta pada ilahi, hatta sudah tidak lagi merasa cinta pada diri sendiri. Apatah lagi cinta pada anak2 dan isteri yang kita dekati dan sanggup bersusah payah puluhan tahun.

Apabila rasa2 cinta itu hilang, jiwa kita akan merasa kosong dan kering. Maka hilanglah rasa bahagia, timbullah nafsu dan perkara yang dilarang Allah.

Untuk mengamalkan zikir2 cinta terhadap diri sendiri dan keluarga :


Marilah belajar untuk mengubah diri serta kembali kejalan Allah yang hakiki. Selamat beramal dan renung2kan :)

2 comments:

  1. takut pulak rasa. sebab belum tentu diri kita ni cukup sempurna. huhuhu~

    ReplyDelete
  2. BENA : insyallah xde apa2 dik..doa yg baik..yg dh terkena pujuk2lah hati...Allah sentiasa bersama mereka.

    ReplyDelete