Nuffnang

Friday, December 23, 2011

CENDAWAN2 @ KEM DAYANG


Kita tak tahu nak cakap betapa indahnya ciptaan Allah pada makhluknya. Subhanallah memang indah dan cantik. Mungkin bagi setengah orang tak gemar untuk masuk hutan tidak bagi kita. Rasa cinta kita pada alam sekitar memang mengasyikkan.



Kita suka tengok pokok2, binatang2 dan air yang buat kita leka seketika dengan kesibukan. Puas kita ambil gambar2 tumbuhan dan serangga di sana.

Tambah dengan cuaca hujan menjadikan tanah lecak dan licin mungkin menjijikkan setengah pihak tetapi tidak bagi kita. Kita sukakan alam semulajadi.





Antara yang sempat kita rakamkan rupa2 cendawan di kaki gunung yang tumbuh melata. Wow! Memang cantik2 belaka walaupun kita langsung tidak mengenali spesisnya :)




Mungkin di kalangan nenek moyang kita dan Orang Asli mereka cukup arif tentang cendawan ini. Sebabnya kerana ia memiliki khasiat yang tidak ternilai yang tersimpan rapi sebagai khazanah alam untuk manfaat semua. Kita juga yang tak tahu...huhuhu



Apa yang kita tahu kebanyakkan cendawan beracun, kita tak berani nak menyentuh dan sebagainya. Bolehlah sekadar mengambil gambar untuk berkongsi sedikit dengan pembaca blog ini. Ada yang menyerupai biskut, tumbuh berkawan-kawan di dalam hutan gelap.

Subhanallah cantik ciptaan Allah.


No comments:

Post a Comment