Nuffnang

Friday, December 23, 2011

PERJALANAN KE PARIS, FRANCE


Kenangan bulan lepas yang tak sempat nak di abadikan dalam blog kesayangan ini. Alhamdulilah berpeluang untuk mengimbau kembali kenangan 2 Januari 2011 kita menuju ke Paris dengan menaiki Eurostar dari St Pancras, London.

Bertolak ke Paris pada sebelah pagi, selesai bersarapan, seperti biasa acara wajib kenyangkan perut sebelum keluar dar penginapan kami.



Masa untuk kami meninggalkan Kota London. Bertolak awal untuk ke stesen keretapi St Pancras International Train Station. Kalau tak silap, keretapi akan bertolak pada pukul 8.15 pagi. Jadi, kami harus ada di sana sekurang-kurangnya sejam sebelum. Tetapi, langit sudah terang benderang. Walaupun ketika itu tengah autumn.



Kami pun melangkah masuk ke dalam Stesen St Pancras ini. Stesen ini adalah pusat kepada keretapi laju Eurostar yang merentasi seluruh benua Eropah. Fungsinya lebih kurang macam Stesen keretapi di Kuala Lumpur, cuma ia hanya merentasi negara dan fasiliti tempat ini bagaikan di lapangan terbang.

Penempahan dibuat lebih awal secara online. Yang senangnya di Eropah ini, adalah semua transaksi boleh dilakukan lebih awal hanya melalui internet. Jadi, kita tak perlu susah payah hendak beratur panjang dan risau dengan kemungkinan tidak mendapat tiket untuk ke destinasi pilihan. Sama ada hotel, pengangkutan, makanan, dan macam-macam lagi boleh didapati secara dalam talian.

Begitulah waktu matahari pertama yang saya lihat di Perancis. Alhamdullillah, sepanjang perjalanana dari London ke Paris tidak melelahkan. Kalau mahu, boleh saja tidur. Tapi, pasti rugilah kalau tidur sebab bukan selalu dapat nikmati pemandangannya. Lagi pun, sekejap sahaja. Perjalanan pun begitu lancar.

Perjalanan menuju ke Paris mengambil masa lebih kurang 2 jam. Merentasi Selat Inggeris di dalam perut lautan untuk menuju ke tanah Perancis. Saya fikirkan perjalanannya akan mengambil masa yang lama. Masa di dalam terowong, keadaan memang gelap gelita. Tak sampai sejam lepas tu, tiba-tiba kami sudah sampai ke daratan.

Saya ingatkan kami masih ada di England, sebab kejap sangat perjalanan di dalam terowong. Tapi, lepas tu tiba-tiba saya mendapat mesej di telefon “Welcome To France!”. Sah la memang kami sudah sampai ke Perancis. Rasa macam tak puas lagi masuk terowong tu.

5 comments:

  1. London dengan Paris tu sebelah menyebelah jer kan? Seronoknya. Saya selalu baca pasal Eurostar tu. Best jer bercuti....!

    ReplyDelete
  2. azieazah : aah...Sebelah menyebelah tp terpisah oleh selat inggeris...mcm kita dgn sabah n sarawak cmtu.....beza jaraknya jauh sket lg kot...:)

    ReplyDelete
  3. budak2 : Alhamdulilah...mmg best :)

    ReplyDelete
  4. akk~ yong pun nak ke paris march nanti

    tak sabar btol

    ReplyDelete