Nuffnang

Saturday, December 17, 2011

YEAAAA! DALAM HUTAN




Alhamdulilah line Celcom cantik kat sini walaupun dalam hutan...yeaaaaa! Sekarang kita dah berada di Kem Dayang lebihkurang 1.30 jam yang lalu. Sekarang dalam kawasan kem yang sangat luas nampaknya ada 2 kumpulan dari Institut Pendidikan Temenggong Ibrahim dan Universiti Teknologi Malaysia.


Kita belum berkesempatan berjumpa lagi dengan pelajar2 dari Institut Pendidikan Temenggong Ibrahim kerana sekarang nih mereka sedang buat jungle trekking sejak subuh dan dipahamkan mereka kena masak ditengah2 hutan. Bestnya!

Sekarang nih pelajar2 dari UTM sedang ice breaking so makcik masuk bilik taip entri ya...huhuhuhu. Sejuk semulajadi kawasan kem nih sebab dalam hutan. Sesekali bunyi unggas sayup2. Teringin tak :)



Acctually hutan nih tak jauh mana pun dari rumah kita. Dalam 20 minit kalau memandu kereta....hehehe. Kem Dayang nih di usahakan oleh orang persendirian yang sangat kita kenali.



Kawasannya sangat luas ada 10 chalet dan 2 bangunan dorm yang boleh menempatkan 100 org. Bagi yang suka berkhemah lagi seronok rasanya, sekarang nih apa yang kita nampak pelajar2 Institut Pendidikan Temenggong Ibrahim lebih selesa mendirikan khemah dan unggun2 api nampak di sana sini.




Bagi yang berminat untuk merehatkan diri bolehlah datang kesini. Pelbagai aktiviti boleh di jalankan selain jungle trekking boleh mandi manda, flying fox, kalau rajin boleh memancing, mengayuh basikal dan sambil tuh boleh mengenali alam flora dan fauna ciptaan Allah yang cukup indah ini.

Sekarang kita tengah simpan tenaga, esok insyallah masuk hutan, masuk dalam air dan sebagainya. Doakan kita berjaya melakukan dengan terbaik, harap2 tak tergoleklah ya bila turun denai2 nanti....hahaha


No comments:

Post a Comment