Nuffnang

Friday, December 16, 2011

JUNGLE TREKKING @ KEM DAYANG


Walawehh! Rindu kem tuh ! Esok kita nak pergi lagi Kem dayang . Tak puas la awal tahun hari tuh sekadar datang ronda2 kejap dan amik buah durian & cempedak je...kohkohkoh


Hah! Kali nih kalau kalau kudrat kita larat, nak join jungle trekking dengan student. Nak naik turun bukit dan paling best nak gi tempat tadahan air. Anak bujang dan incik asben kita pun join sama.

Bagusnya kita dapat sebuah chalet so selesalah sikit untuk kami bertiga. Huh! Macam best je nak bbq dan bermalam kat sana.


Penat berjalan balik kita nak terjun dalam kolam nih. Dekat je dengan chalet. Wah! Tak sabo nak kesana. Kita dah cakap dalam entri2 yang lepas sekarang nih nak banyakkan bersosial dengan aktiviti sihat yang boleh mendatang kebaikan untuk kesihatan dan minda.

Kem Dayang tunggu kedatangan kita ya...:)


2 comments: