Nuffnang

Saturday, December 17, 2011

INDAHNYA CIPTAAN TUHAN

Kolam semulajadi yang masih terpelihara

Line Celcom terlalu slow tapi masih bolehlah. Sabo ya CT...kohkohkoh. Antara tempat2 yang kita rakamkan, ketika ini jam 2.30ptg di dalam hutan.

Apa lagi nak buat takkan nak ganggu incik asben yang sedang ada tugas rasmi pulak. Kita dan anak bujang meronda kawasan kem dan sempat meluangkan masa untuk mengambil gambar di sini. Cantik2!




Kita di bawah kaki gunung

Jangan citelah udara memang cukup nyaman, lari dari kesibukan kerja dan suasa bising orang ramai. Hanya dengar bunyi burung2, cengkerik dan sorakan pelajar yang sedang melakukan aktiviti. Kita tengok enjoy giler pelajar2 nih walhal dah dekat exam tuh. Baguslah sekurang2nya bagi mereka release tension.



Kesan dari penebangan hutan terjadinya hakisan tanah di lereng bukit

Bagus kalau jabatan kita hantar staf di sini tapi sanggupkah mereka menghadapi cabaran duduk dalam hutan macam kita nih? Kita tak kisah, memang suka aktiviti lasak.

Tadi keluar kejap dengan incik asben dan anak bujang. Meronda2 sambil melihat keindahan ciptaan tuhan. Subhanallah. Naik kereta tak perlu buka aircond, udara luar sudah cukup bersih dan menyejukkan.



Pucuk muda dari spesis pokok hutan

Antara tumbuhan2 yang sempat anak bujang kita rakamkan. Entah pokok2 nih semua jarang kita jumpa. Tengok je lah. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah.

4 comments:

  1. SubhanaAllah..cantiknya ciptaan tuhan...seronok tngok kak CT meronda2 seluruh dunia..x dpt pegi tngok2 dan baca pengalaman kak CT pun dah rasa seronok..:)

    ReplyDelete
  2. Deco : Biasa2 je...akk memang suka outdoor, makin tua nih lagi nak banyak jalan...nak sihatkan badan dan minda :)

    Alhamdulilah Allah bagi kesihatan yg baik utk akak bergerak...

    ReplyDelete
  3. usia je makin tua,tapi jiwa makin muda...hehe

    ReplyDelete
  4. Deco : Berxtbt tak kira muda dik...

    ReplyDelete