Nuffnang

Thursday, December 15, 2011

PORTRAIT OF A THOUSAND SMILES


Alhamdulilah tadi kita terlibat dengan aktiviti Program Bicara Karya. Walaupun bertugas, sebolehnya nak juga dengar apa yang di sampaikan oleh tetamu jemputan kali ini. Bukan apa, selama ini kita mengenali Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Salleh bin Mohd Nor hanya melalui media masa dan elektronik.

Kali ini berkesempatan berdiri di hadapan beliau. Kita kagum dengan kesungguhan dan cerita peribadi beliau. Memang patut kita semua contohi. Kita suka sebab Tan Sri rajin bersosial dengan cara sihat.

Pesan beliau yang buat berkesan dihati, bersosial biar dengan cara sihat dan jangan sampai membelakangkan agama. Betul, apa yang dia sampaikan tadi bila kita ada agama yang kukuh di dalam diri, insyallah kita takut dengan larangan Allah dalam apa jua tindakan. Tepat sekali!

Satu lagi pesan beliau banyakkan senyum kepada semua orang. Ya, betul2 tepat sekali. Kalau orang tak suka senyum je kan, kan...:)

Teruja melihat dia bercerita dalam usia 71 tahun, alhamdulilah sihat dan masih boleh mengingati nama rakan2 beliau di zaman remaja sehingga kini. Kita juga boleh macam diakan? Insyallah... :)


2 comments: