Nuffnang

Wednesday, January 4, 2012

FRASER'S HILL : CUTI2 DI PUNCAK SEJUK


Moment at Fraser's Hill, first time kita pergi Fraser's Hill so excited. Why? Bagi pendapat kita sebuah tempat peranginan yang tinggi dan masih terpelihara alam sekitarnya. Perjalanan dari Johor Bahru menuju lebuhraya Persekutuan hanya memakan masa 3 jam 40 min...hehehe.



Terus keluar tol Shah Alam untuk mengambil anak dara kita. Baru keluar tol Shah Alam dalam 5km tiba2 kereta kita ada masalah berbunyi yang tak menyenangkan. Cepat2 pergi workshop, alhamdulilah dapat diperbaiki dalam masa 2 jam.

Ada hikmah dan kebaikan Allah takdirkan rosak di area Shah Alam, kalau dah panjat bukit mahu kita menangis...huhuhu



Sempat bersolat zuhor di Shah Alam dan ambil anak dara kita untuk menuju Rawang. Masih terpelihara pekan Rawang walaupun sudah banyak berubah dengan pembangunan moden. Kita tak berhenti langsung di daerah Rawang sekadar melihat keunikan dan keindahan bandar Rawang serta mengabadikan gambar2 daerah Rawang dari dalam kereta.

Meneruskan perjalanan lagi di Pekan Serendah yang agak kecil pekannya, apa yang kita perhatikan hanya deretan kedai2 lama dan baru serta beberapa bangunan kerajaan yang sudah sekian lama disitu.



Antara mercu tanda untuk hampir sampai salah satunya ialah empangan air Selangor. Wow! Cantiknya empangan air di situ, ada pulau ko! Tapi, tapi, tapiiiiii sure tak dibenarkan masuk kawasan situkan? hehehe

Perjalanan di teruskan menuju Kuala Kubu Baru, bila sampai di sebuah persimpangan ada tertera perkataan Genting Highlands sebelah kanan dan Fraser's Hill disebelah kiri. Cukup teruja...huhuhu

Bila sampai dikaki Fraser's Hill, kita dah mula nampak jalan menuju puncak yang berliku2 dan pandang sebelah kiri gaung yang dalam. Fuhhh!

Bersambung.....:)


2 comments:

  1. Pernah beberapa kali ke Bukit Fraser. Kat sini lebih merupakan tmpt utk berehat2 je. Tak banyak tempt utk dilawati mcm Cameron Highlands...

    ReplyDelete
  2. Mie : betul2...just utk relax je

    ReplyDelete