Salam untuk pembaca blog kita semua. Kini tiba masa untuk sambung semuala percutian kita di Fraser's Hill. Sabo, Sabo, eh!...hihihi.
Tak sabar untuk berkongsi percutian sejuk kali nih. Ini kali pertama kita menjejakkan kaki di Fraser Hill. Pada 28 hingga 30 Disember 2011 kami disana. Wow! Memang nak pergi lagi, anak2 kita pun cakap macam tuh.
Owhhh! Sangat pening dan memualkan perjalanan untuk menuju puncak. Kita gayat sebenarnya bila melihat jalannya banyak berhuruf C, S dan J.
Huh! Pening kepala kita tapi masih mampu bertahan. Entah berapa ratus kali kita cakap dengan incik asben 'slow2'. Takut meyh, susah tul layan orang gayat nih...hahaha
26km kita mengadap jalan yang bengkang bengkok, siap cakap dengan incik asben nak drive. Dia tak bagi...huhuhu. Bimbang agaknya. Masalah kita pulak kalau tempat tinggi2 nih biar kita yang drive, orang lain boleh duduk sebelah...hihihi.
Kalau mengikut pengalaman orang yang pernah kesini, jalan naik kena tunggu 1 jam untuk memberi laluan kenderaan lain turun kebawah, namun kali inih dah ada jalan turun dan naik. Kira kita masih bernasib baik :)
Bagi yang kurang berminat tempat sebegini mungkin mengatakan tempat ini kurang menarik tapi berbanding dengan kita. Suasananya cukup tenang dan boleh melarikan diri dari kesibukan kota.
Tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highlands dan Genting Highlands tapi Fraser's Hill paling sejuk kerana hutannya masih terpelihara. Ahli kelab MNS kena cakap camni, pecinta alam katakan...kohkohkoh
6 km lagi untuk sampai pekan Fraser's Hill, kami berhenti di salah sebuah waterfall di situ memandangkan anak buah kita dah pening lalat....huhuhu.
Bagi oksigen banyak masuk dalam badan dan tak perlu buka aircond semasa memandu. Nyaman sungguh!
Teruskan perjalanan yang cukup mengerikan, aiyakkk! pandang kiri banyak hujung daun buluh yang terjulur keluar dari dalam gaung. Dalam tuh! Ngerisss mak nak...:)
Bila nak sampai puncak nih agaknya? Bersambung...huhuhu
Akak .. dah 10 tahun saya tak gi fraser's hill ni. winduuuuu sgt2.
ReplyDeleteKC : Bestlah pd pandangan akk...akk suka tmpt sejuk2...:)
ReplyDelete