Nuffnang

Thursday, January 5, 2012

FRASER'S HILL : RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN


Clock Tower, mercu tanda Fraser's Hill


Akhirnya debaran jantung kita berkurangan bila kenderaan kami hampir menuju puncak. Puas dah kita baca apa2 ayat sepanjang perjalanan menuju pekan Fraser's Hill. Bila sampai je ke Tower Clock kita terus rasa bersyukur.

Pusing2 cari penginapan kami iaitu Rumah Peranginan Persekutuan, bila tengok papan tanda menunjukkan tempat penginapan kami lagi 2 km. Uwaaaa! Sambung balik debaran kita, bermakna lagi tinggi tempat penginapan kita. Aduyaiiii bila nak sampai, 2km bukan jalan macam highway tekan minyak terus sampai ini macam itik pulang petang, memang tak boleh pandu laju...huhuhu

Akhrnya jam 6.30ptg kami sampai juga tempat yang dicari. Cabaran lagi, bila nak masuk gate perkarangan bunglo ya Allah tinggi tuh. Kita keluar dari kereta suruh incik asben pandu untuk menuju bunglo. Walhal boleh tapi takut menguasai diri....hahaha. Huh! Rasa leganya, boleh kita tarik nafas sket...hehehe

Terus checkin, bila nak buat pendaftaran, ada masalah sedikit. Kita tetap nakkan bilik yang kita dah tempah beberapa bulan lalu memandangkan tempahan sudah lama dibuat dan bayaran juga sudah dibuat bulan Mei 2011. Akhirnya kita berjaya juga mengekalkan hak kita...lalalala


Bunglo A


Bunglo B


Kita menginap di bunglo B, sebelum masuk sempat abadikan gambar2 waktu senja yang penuh dengan kabus tebal dan rasa kesejukan sehingga ketulang. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah.


Bilik tido, Bilik 2A


Kami menginap di bilik 2A yang serba lengkap dengan perabot, tv, fridge, microvawe, dapur, rice cooker, kattle, pinggan mangkuk senang cakap serba serbi dengan kelengkapan dapur untuk memasak dan kemudahan wifi juga disediakan.

Bagi yang rajin bolehlah membawa bahan mentah untuk dimasak di situ atau ber BBQ pada waktu malam bersama keluarga. Kita tiada persediaan langsung so jawabnya makan di cafe yang disediakan....huhuhu


with incik asben....lalala


Sempat kita bergambar sebagai kenangan di balkoni tempat penginapan kami. Ya hamfun sejuk giler kalau pintu balkoni ini dibuka. Kita 24 jam memakai pakaian sejuk. Mandi? Lebih kurang ya, tak tahan sejuk walaupun ada kemudahan air panas di bilik mandi. Sejuk woooo....


2 comments:

  1. saya pernah ke sini atas urusan kerja..
    ngeri nak naik,tp terpegun ngan keindahannya..

    teringin jgk nak bermalam di sini..
    tgk rumah peranginan k'jaan nie pon menarik jgk yer.. ;)

    ReplyDelete
  2. Yana : Mmg menarik booking setahun dik..huhuhu

    ReplyDelete