Nuffnang

Thursday, January 5, 2012

FRASER'S HILL : TEMPAT MENENANGKAN FIKIRAN



Rasanya masa entri pertama kita dah menceritakan Fraser's Hill adalah sebuah tempat peranginan untuk merehatkan minda dan lari dari kebisingan kota. Aktivitinya agak kurang, kalau nak bermain diluar pun rasanya semua orang kurang berminat memandangkan suhunya yang agak sejuk.

Semasa kita disana memang tengah sejuk so kalau betul2 hendak merasai cuaca yang benar2 sejuk di Fraser's Hill datanglah pada bulan Oktober hingga Disember. Kita pun staf yang bertugas menerangkan, mungkin juga masa kita datang memang tengah sejuk sangat, suhu mencecah 11'C. Beragan kejap tengah kat kota London kekununnya...wakaka



Malam semasa baru sampai kita tak keluar kemana2 hanya lepak di bunglo, makan bungkusan makanan yang sudah siap dibeli awal sebelum naik ke banglo. Lagi pun kabus tebal agak bahaya kalau kami turun ke pekan malam hari.

Kita cuba keluar kehadapan bunglo, perghhhh! agak sejuk dan terasa air2 halus turun dari udara membuatkam kami semakin terasa sejuk. Anak2 dan anak buah siap kelengkapan pakaian sejuk, kita dan incik asben tak bawa langsung. Eksen katakan, Malaysia manalah sejuk camni...hahaha. Hah! amik ko...sejuk tahap beku.




Malam pertama di bunglo kita abiskan masa dengan menonton, brsembang dan online, kemudian tido sebab penat dalam perjalanan siang harinya. Zzzzz....dengan nyenyaknya, malas nak pikir perkara2 negatif bila terbaca dalam google.

Alhamdulilah malam pertama tido di banglo tiada apa2 kejadian tak diingini. Selepas solat maghrib kita baca surah Yassin bagi tujuan kebaikan. Kemana2 pun suruh Yassin berwarna pink sentiasa kita bawa untuk pelindung diri dari sebarang perkara yang tak diingini. Insyallah...


4 comments:

  1. alaaa...saya tak naik Fraser's hill masa oct-dec....kalau tak mesti merasa cuaca yang sejuk dingin mcm tu!

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Yup...very nice!!

    ReplyDelete
  3. GB : Try hujung tahun nih..hehehe

    ReplyDelete