Hari kedua bangun jam 6.30pg, tambah dengan cuaca sejuk. Tido memang best! Selepas solat berjemaah terus menonton tv dan keluar dari bunglo. Wow! Cantiknya pemandangkan biarpun kabur pemandangan diselaputi dengan kabus. Cukup teruja. Subhanallah
Sebelum pergi breakfast kita berjalan2 dengan incik asben sambil mengelilingi bunglo yang penuh dengan keindahan bunga2 beraneka warna, tempat permainan kanak2 dan tempat untuk berBBQ. Anak dara kita sambung tido semula, manakala anak bujang dan anak buah kita, Nana mengikut kami berjalan2 sambil meninjau keindahan di luar.
Bunglo ini di kelilingi dengan pokok fine yang menambahkan lagi kesejukan bangunan ini. Bunyi2 suara burung berkumandang membuat kita terleka seketika. Mereka terbang berkumpulan dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Tak sejuk ker burung2 nih agaknya...hehehe
Tengok bunglo B yang kita diami, jam 8.30pg masih berkabus. Apa yang kita nampak di sini pagi sehingga petang sentiasa berkabus, kalau terang hanya dalam 30 minit kemudian kabus berarak kembali menjadikan pemandangan kelabu semula.
Bagi mereka yang suka ketenangan dan untuk merehatkan diri bolehlah bercuti di sini. Memang best!
Bagi mereka yang suka ketenangan dan untuk merehatkan diri bolehlah bercuti di sini. Memang best!
No comments:
Post a Comment