Kita mulakan entri pagi jumaat dengan salam ceria selalu hendaknya. Hope entri ini keluar tepat masanya, manalah tahu schedule blogku menggong...huhuhu
Antara panggilan lain Fraser's Hill, ada sesetengah mengelarnya 'The Little England', namun kita pun tak pasti siapa orangnya. Kita bukan pengkaji sejarah meyh! Mungkin kerana suasana, suhu dan struktur bangunan yang kedapatan di sini sebijik macam kawasan di England, lebih tepat lagi ibarat kawasan perkampungan di England.
Tak boleh nak kata kawasan bandar sebab Fraser's Hill ini terlalu aman damai, tiada kesesakan, orang tak ramai, tiada sungai macam Thames dan masih banyak pokok hutan yang menghijau. Semestinya di bandaraya England tiada hutan tropika, seperti negara tercintaku ini.
Tengok saje dalam gambar2 yang kita upload nih sudah buat semua orang teruja. Walau pun kurang femes jika dibandingkan dengan resort percutian tanah tinggi lain yang wujud dalam banjaran titiwangsa, tapi kita sangat suka dengan persekitaran di sini kerana mencapai objektif percutian kali ini yang sememangnya untuk berehat sambil menikmati kedamaian serta kehijauan flora dan fauna, jauh dari hiruk pikuk kota dan masyarakat yang bermacam-macam telatahnya, dengan perbelanjaan paling minima. Really!
Maka, andainya objektif anda adalah untuk bersukaria ria sambil meleburkan duit di taman tema, atau memetik daun teh sambil menikmati masamnya strawberi, sila tukar hala tuju anda ke tanah tinggi Genting atau Cameron. Di sana lebih sesuai untuk berbelanja.
Ada banyak bunga-bungaan yang bermacam-macam, berwarna-warni lagi segar bugar. Ini baru sikit. Kalau nak tunjuk semua kang penuh pulak server blog nih. Cukuplah ya, nak lebih lanjut korang kena kesana. Bolehkan?
Kepada yang berminat untuk masuk hutan, di sini ada beberapa denai yang memang khas untuk aktiviti jungle tracking, setiap satunya dinamakan sempena dengan nama tokoh-tokoh masa lampau yang ada hubung kait dengan Fraser's Hill.
Walau pun jauh di sudut hati ini nak sangat masuk hutan tengok keindahan flora dan fauna, Kena ada geng, incik asben kita tak boleh jalan jauh ada masalah sakit kaki...huhuhu
Banyak dah tu aktiviti boleh buat. Memang ngam lah kalau dapat bercuti 3H2M kat sini. Lagi ngam kalo dapat terus duduk kat sini. Nyaman, aman dan tenteram. Bestnya kalau dapat bertugas di sini. Seronok wooo...
Oopss , terlupa pulak sesuatu. Bagi yang minat mengambil gambar burung bolehlah kesini. Menembaklah seberapa banyak korang suka eh! hehehe
Bagi yang minat mengkaji burung ini sebagai satu aktiviti memang sesuailah dimana tempat ini memang terlalu banyak spesis burung. Hope pihak Majlis Perbandaran Raub bijak untuk mempromosi kawasan ini untuk pelancongan yang boleh menaikkan nama Malaysia di mata dunia sebagai destinasi pelancongan yang unik terutama keindahaan flora dan faunanya.
Kita dapat melihat banyak spesis burung yang tidak pernah kita temui sebelum ini.

No comments:
Post a Comment