Kawasan bandar Fraser's Hill tidaklah seperti bandar-bandar yang anda kenal di Malaysia ini. Ianya hanya tertumpu di sekitar menara jam yang menjadi ikon utama Bukit Fraser. Di sekitarnya pula hanya terdapat beberapa bangunan utama seperti pusat penerangan pelancongan, kelab golf, pejabat pos, balai polis, klinik kerajaan, kedai cenderamata, beberapa buah restoran ala Inggeris serta hotel.
Kita berkesempatan meluangkan masa untuk meronda beberapa tempat antaranya Allan's Water.
Kita berkesempatan meluangkan masa untuk meronda beberapa tempat antaranya Allan's Water.
Allan's Water nih sebuah Water Park yang biasa2 je takdelah ganas dengan segala macam splashing and wetting games. It just pedal boat. Kayuh lah keliling tasik tu macam kayuh basikal. Memang sesuai untuk senaman betis dan peha.
Tapi sayang masa kita sampai Allan's Water hujan renyai, jadinya mamat bangla tuh tak bagi naik pedal boat...Huwaaaa! Bayaran masuk sekadar rm6.00 bolehlah meronda tasik sambil menikmati keindahan alam di Fraser's Hill.
Kalau nak cerita....bunyinya macam seram je...huhuhu. Tak adalah saje bagu suspen kat korang, dari segi sejarah. Tasik ini pada asalnya berperanan sebagai empangan yang membekalkan air bersih kepada penduduk di Fraser's Hill.
Orang yang bagi idea buat benda nih namanya J.H Allan, seorang pembantu jurutera yang datang ke bukit ini pada tahun 1921.
No comments:
Post a Comment