Nuffnang

Tuesday, January 17, 2012

HARI TANPA PLASTIK BEG


Bila sebut hari Tanpa Beg Plastik, otomatik kita teringat mula2 kempen ini dilaksanakan. Masa kejadian di Jusco Taman Universiti. Hampeh tul bila ingat balik...:)

Sabtu adalah hari Tanpa Beg Plastik kat Jusco. Kita pulak lupa nak bawak shopping bag. Kalau nak plastik kena bayar RM0.20 sekeping. Banyak juga kita membeli barang2 keperluan diri bersama anak2 ketika tuh.

Selesai membelibelah terus kekaunter bayaran. Tiba2 cashier bagi tahu tak ada beg, so kita mintaklah beg yang kena bayar RM0.20. Hummm! Nak jadikan cite plastik bag pun tak ada.

Dengan muka yang agak seposen kita menjinjing barang2 tanpa beg. Tak agak2 Jusco suruh kita jinjing tuala wanita, pakaian dalam dan sedikit sayur2an. Kijam sungguh. Uwaaa...:)

Bagus sebenarnye kampen ni. Secara tak langsung dapat mengurangkan penggunaan plastik. Rasanya tak perlu cerita kenapa kita kena kurangkan penggunaan plastik. Sekarang nih kalau kita perhatikan rata2 kita tengok ramai yang tak amik plastik. Tak tau la sebab memang kesedaran untuk menjaga alam sekitar atau sebab kedekut...muahaha

Sekarang nih kita agak kesah kalau nak ke Jusco dan Giant pada hari sabtu. Serik ko!


No comments:

Post a Comment