Nuffnang

Thursday, January 12, 2012

iCITY, SHAH ALAM : SNOW WALK







Teringin sangat alami keseronokan menggelongsori keputihan dan kedinginan salji. Dilengkapi dengan kilauan lampu serta ukiran ais yang diukir khas dari negara Cina. Pasti sangat sesuai untuk kita mengelongsor dan jatuh bangun kat atas ais...hahaha

Sebelum masuk mestilah beli tiket iya tak? Takkan masuk free pulok. Mana ada barang free sekarang nih. Betul tak? :)




Suhunya serendah -5 C salji tiruan yang turun menyelubungi snowwalk ini di katakan hampir 90% menyamai salji semula jadi. Sejuk giler tuh.

Tiket masuk ke Taman tema Snowwalk adalah RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan termasuk baju sejuk, kasut pula boleh disewa dengan bayaran RM10






Pengalaman menikmati salji buatan manusia ini adalah yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga bagi rantau ini. Tapi sejuk kat dalam Snow Walk i City ni memang terlebihlah sudah! Very the sejuk gilerr arr! huhuhu

Actually anak dara kita yang dok Shah Alam nih yang perkenalkan iCity sebab dia dah pernah kesana. Sangat besar ruang dalam tu, nampak dari luar macam kecik jek. Penat jugak kitorang berjalan sampai ke hujung tu. Anak bujang dan anak sedara kita yang tak tahan sejuk.

Kat Snow Walk iCity ni kalau korang tak tahan sejuk boleh je kuar masuk kuar masuk, asalkan korang jangan keluar terus dari gate utama tapi kita terus keluar kesiankan anak bujang kita yang dah bengkak telingga dan tangan. Alergik!

Nasihat kitalah bagi pengunjung yang nak datang better bawa kasut sendiri sebab boot yang disediakan macam kasut pasar ikan...hahaha. Incik asben dan anak sedara kita ntah berapa kali jatuh sebab kasut yang disewa tak sesuai untuk main snow kat situ. Licin!

Jadi rasa-rasa free and nak jenjalan Shah Alam ni, bolehlah datang singgah ke Snow Walk iCity, Shah Alam. Harga nak masuk pun berpatutan, takdelah mencekik darah kan? Lepas jalan-jalan Snow Walk iCity Shah Alam ni, boleh pulak sambung jalan-jalan area iCity. Tengok lampu-lampu yang sangat cantik!


2 comments:

  1. salam kenal,

    eh bukan dedulu ada ke taman salji dekat mana eh..bukit cherakah ke dekat mines. tapi lama dahhhh..ada 20 tahun yg lepas kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dolu2 ada..ntah skrg x tau lg...iCity yg top skrg..

      Delete