Nuffnang

Wednesday, January 25, 2012

INTEKMA RESORT




Sebut je Intekma Resort majoriti ingatan semua orang pada UiTM, mungkin ada urusan konvokesyen, urusan akademik dan sebagainya. Mungkin kalau kita pun berfikiran sebegitu sebab zaman kita buat part time study inilah tempat penginapan kita.

Suka menginap di Intekma Resort dengan kawan2 sebab jimat belanja dan jimat masa untuk ke Uitm :)


Kita tinggalkan zaman kegemilangan semasa belajar di UiTM. Memang seronok tambah kenangan bersama kawan2 sekuliah dan lecture yang sangat baik. UiTM dihatiku!...lalala





Kalau tak silap, kita menginap Intekma Resort, Shah Alam akhir bulan Disember 2011 bersama keluarga. Memandangkan begitu penat dari Fraser's Hill terus booking Intekma Resort.

Kita pun dah janji nak snow walk dengan anak2 dan anak buah untuk jalan2 di iCity, Shah Alam. Janji mesti ditunaikan, sebelah malamnya kami semua berjalan sakan di iCity hingga beku tahap ais...huhuhu





Bagi kita Intekma Resort sesuai untuk menginap seisi keluarga, ruang bilik yang besar serta kemudahan yang disediakan. Kalau ambil yang apartmen lagi lengkap dengan ruang tamu dan kitchen tapi sayang masa kita nak checkin dah full booked...huhuhu. Memandai je staf dia menukar tempahan kita. Sabo je lah...grrrrr

Breakfast dia pun biasa2 je macam hotel lain, so untuk tambahan breakfast RM38.00/nett. Kalau rajin nak keluar di persekitaran Shah Alam pun banyak tempat untuk mencari makanan.





Anak bujang dan anak buah kita rajinlah swimming, kita? Tengok orang swimming bolehlah...hihihi. Haisshh! Actually tak bawa pun kelengkapan pakaian untuk mandi manda. Coci2 mata je...huhuhu





Kita sekadar menginap 2H1M sebab nak balik ke Johor Bahru, Intekma Resort sebagai transit untuk merehatkan badan untuk meneruskan perjalanan ke Johor Bahru dan sempat juga kita snap mana yang patut untuk kenangan :)

Kita tinggalkan Intekma Resort jam 11.30pg untuk berjalan2 di Shah Alam dan bertolak balik ke Johor Bahru jam 2.00ptg :)

No comments:

Post a Comment