Nuffnang

Thursday, January 26, 2012

TANJUNG BALAU



Atas pelawaan adik 2 minggu lepas untuk melawat anak dia di SMKA Bandar Penawar menjadi kenyataan. Kita bertolak ke daerah kota tinggi jam 11.00pg bersama keluarga adik dengan menaiki sebuah kereta sahaja. Kita makan angin bersendirian kali ini tanpa anak2 dan suami.

Hanya melalui leburaya Johor Bahru-Desaru dalam 1.30pg sudah sampai destinasinya. Sampai di SMKA adik bawa anak dia terus ke Tg Balau.




5 Tahun kita tak menjejakkan kaki di Tg Balau dan rasanya kali terakhir tahun 2007 menghadiri kursus motivasi di Pelangi Balau Resort. Jangkamasa yang agak lama tuh kita tak kesini. Apa pun masih begitu rupanya Tg Balau, tiada sedikit pun perubahan.





Paling seronok adik ipar kita siap bawa tikar mengkuang dan makanan. Ada nasi, tomyam, asam pedas, kari daging rusa, ikan masin, sayur kobis goreng dan minuman. Kita bawa buah pisang dan mulut untuk makan....hehehe. Senang idup kita ya :)





Sepanjang kita makan dan duduk2 tepi pantai entah berapa kali penyelamat pantai bunyikan siren menyuruh orang ramai yang mandi manda ke tepi pantai. Tak sangka pulak ada juga pengunjung yang degil untuk mandi walhal bendera merah sudah berkibar menandakan tidak dibenarkan bermandi manda.

Hurmm! Susah juga melayan orang yang bersikap degil dan mementingkan diri tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Payah sungguh!





Kita tersenyum bila mendengar penyelamat pantai menggunakan pembesar suara memarahi pengunjung yang degil cuba mandi menghampiri tengah pantai. Adakalanya kata2 kesat terkeluar 'Kalau nak mandi tengah2 silakan esok kita jumpa di Tg Belungkor 12 jam dari sekarang'...wakaka. Jumpa dah jadi mayat :)

Actually pantai Tg Balau ini sangat merbahaya untuk mandi manda, dari mata kasar pantainya nampak landai tapi kalau ketengah sedikit ianya terlalu cerun kedasar laut, sebab itu ramai yang mati lemas di sini.





Bagi yang berminat untuk menginap di Tg Balau, banyak resort untuk pilihan. Antaranya Pelangi Balau Resort, villanelayan, Tg Balau Beach dan juga terdapat muzium nelayan untuk dilawati.

Apa lagi bolehlah turun Johor untuk menikmati keindahan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor untuk merehatkan diri di sana.


11 comments:

  1. xpernah sampai lagi ke tanjung balu ni...leh masuk dlm kalendar cuti2 malaysia thn 2012 ni...hiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. intan morsalin : Pegilah boleh jalan2 dan mandi2 kat situ selain bermalam di chalet yg disediakan. Mandi hati2 ya..laut situ dalam :)

      Delete
  2. Mcm best jer Kak CT. Tp apa2 hal pun ella nak ke JB dulu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tp sayang kita kejap je kat sana..mandi kat sini bahaya sket

      Delete
  3. bestnye akak! lenkali ajak la kite teman akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS

      Aah mmg best dik, nak ke kalau akk bwk sesekali...hi3

      Delete
  4. kak..

    ada kes budak meninggalkan CNY tempohari

    ReplyDelete
    Replies
    1. CR

      Kat Balau nih kerap ada mati lemas..dorang degil x ikut arahan

      Delete
  5. zaman kecik2 dulu tahun 1988-1994...tgjg balau mmg best.takde resort.cuma ade bilik mandi je.kereta leh parking bwh pokok tepi pantai...weekend je pg pantai teman ayah mancing.subuh dh pegi dh.syok!pantai dia landai giler.air jernih nmpk pasir kat bwh walaupun air dh dlm paras pinggang...batu mmg byk tp certain tmpt je.pasir halus.tk tercemar.dulu ade kapal karam...tkdela dalam atau cerun...skrg pntai dh tercemar..sbb dh byk chalet n resort..tk best..dulu umah kat felda sg mas je.dekat sgt...

    ReplyDelete
  6. Hahahaha... bahasa ape ntah blog ni pakai. Adui...

    ReplyDelete
  7. Hahahaha... bahasa ape ntah blog ni pakai. Adui...

    ReplyDelete