Nuffnang

Thursday, January 26, 2012

GUNUNG LAMBAK




Perjalanan yang langsung tak dirancang dan semuanya secara kebetulan. Tujuan utama kita ke Kluang untuk melawat anak buat yang sakit sendi tulang.

Kami bertolak malam dan bermalam di rumah adik di Taman Kg Majid yang betul2 di kaki gunung Lambak. Bukan sekali dua kita kesini, dah berkali-kali :)





Sebelah malam kami keluar makan malam sehingga jam 1.00pg bersama keluarga adik, memandangkan keesokkannya Perayaan Tahun Baru Cina banyak gerai2 jualan makanan ditutup jadinya pilihan makanan agak terhad. Tak kisahlah janji dapat makan.





Kita balik ke Johor Bahru dalam pukul 11.00pg tapi sempat singgah ke gunung Lambak untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah.

Memandangkan anak bujang kita lututnya masih tak berapa sihat kita jalan2 dengan incik asben sekejap sahaja. Anak-anak berehat di bawah sahaja, kita bimbangkan ligemen lutut Azim makin bertambah koyak kalau banyak pergerakan.





Kita teruskan mendaki sedikit ke atas sehingga paras tingkat pertama bangunan pentadbiran pengurusan gunung Lambak. Dari pemerhatian kita jalan masuk ke chalet sudah ditutup mungkin menunjukkan chalet2 yang terdapat dis itu telah full booked. Banyak kereta Singapore dan Wilayah yang sudah parking di setiap chalet.




Kita teruskan lagi berjalan sedikit ke atas untuk meninjau pemandangan di sana. Kita betul2 sudah berada di atas Water Theme Park. Ramai orang yang masuk untuk bermandi manda...huhuhu.

Puas juga kita meronda dalam 30 minit sambil gambar mana2 yang patut. Semakin naik bunyi deruan air mengalir semakin kedengaran. Seronok tapi kita tak boleh lama, kesiankan anak2 yang duduk di bawah.

No comments:

Post a Comment