Nuffnang

Tuesday, January 31, 2012

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR





Moga perancang yang baik ini di restui Allah, kita percaya setiap perancangan yang baik disertai kebaikan serta ukhwah kekeluargaan pastinya mendapat restu Allah.


Secara peribadinya, jika bercakap mengenai percutian, kita seorang yang lebih gemar untuk bercuti di kawasan sejuk berbanding pantai. Kenapa? Panas lorr....hehehe. Tapi kalau macam dekat Phuket ke sure tak tolak walaupun panas...hehehe. Kita amat menyukai tempat yang hijau dan bunyi deruan air terjun dan burung berkicau yang boleh didengari dari bilik chalet atau hotel tempat kita menginap. Bestkan?




Oleh itu, tahun 2012 Tasik Kenyir di Terengganu pilihan kita untuk family day sebelah keluarga kita semua. Memandangkan hujung tahun ahli keluarga kita semua dapat berkumpul dan yang tinggal jauh pun boleh join sama. Kalau ikut perancangan sepatutnya ke Pulau Langkawi tapi rasanya April kita nak ke Langkawi....hehehe.


Kita banyak dapat info pun hasil pembacaan dari internet mengenai apa yang boleh dilakukan di Tasik Kenyir. Satu-satunya perkara yang kita ketahui mengenai Tasik Kenyir adalah bahawa ia merupakan tasik buatan terbesar di Asia Tenggara, dan walaupun ini merupakan fakta yang menarik dan boleh dibanggakan, kita terlalu teruja untuk ke sana.




Mungkin kerana meletakkan harapan yang tinggi terhadap tempat peranginan ini, Tasik Kenyir amatlah indah dan boleh melihat sunset dengan lebih jelas. Huh! Indahnya.


Sepatutnya kalau merancang untuk mengunjungi Tasik Kenyir, elok ketika bulan Mac ataupun April, kerana ketika itu paras air berada pada paras yang tertinggi, dan tasik itu juga kelihatan paling cantik dalam tempoh tersebut. Tapi sayang family kita semua terikat dengan kerjaya dan keluarga....huhuhu. Sebaik2nya pilihan kita adalah Disember.





Kita sudah pun buat tempahan penginapan dan akan menginap di sebuah bunglo, kerana ia merupakan salah satu tempat penginapan yang ada di kawasan ini. Kenapa tempah awal? Memudahkan, lagi pun perancangan awal lebih tersusun. Boleh macam2 dipikirkan. Insyallah.

Tasik Kenyir terkenal dengan elemen flora dan faunanya, dan ini bukanlah sesuatu perkara yang kita ketahui walaupun belum ke sana, oleh itu kita nak puas2 beraktiviti disana bersama keluarga tersayang.


Selain aktiviti lasak seperti 'jungle trekking', berkayak, mandi manda di air terjun dan juga boleh mengambil pakej persiaran, di mana kita akan di bawa mengelilingi Tasik Kenyir dan berhenti di beberapa tempat pilihan, kebiasaannya di air terjun Lasik, Gua Bewah, dan Pulau Herba. Ketiga-tiga destinasi ini merupakan tempat yang amat menarik untuk dikunjungi. Gua Bewah merupakan tapak di mana rangka manusia purba dijumpai, dan air terjun Lasik merupakan tempat yang terbaik untuk menyejukkan badan setelah seharian melakukan aktiviti.





Kali ini kita merancang untuk mengunjungi Tasik Kenyir pada hujung minggu dan hari bekerja, dengan membawa bekalan makanan sendiri. Memandangkan bunglo yang bakal kami diami menyediakan serba kelengkapan.


Namun, kita juga tidak ketinggalan untuk membeli makanan di tasik Kenyir yang perlu kita rasai dari hasil makanan tempatan disana. Huh! rindu nak makan nasi dagang.




Dari hasil maklumat internet yang kita dapat dari pengunjung yang pernah kesana terkejut dengan kecantikan dan keunikan Tasik Kenyir, walaupun ia amat terpencil dan tidak beberapa dihebahkan, ia merupakan destinasi yang sempurna jika merancang untuk menghilangkan diri daripada kesibukan kehidupan di kota untuk beberapa hari.


Agak sukar untuk mendapatkan signal yang elok untuk telefon bimbit ataupun internet jalur lebar mudah alih, maka semua tidak akan mempunyai pilihan dan terpaksa menenangkan diri dan hidup tanpa alatan elektronik untuk beberapa hari. Pada muka haku dan anak2 serta anak buah....huhuhu



8 comments:

  1. Akak, cuba duduk dlm houseboat tasik kenyir selama 3H/2M. lagi best kak. ella dah cuba haritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KC : Owhh! Iya ker tp akk dh booked bunglo...xpe nk gk mencuba...

      Delete
  2. [k]o{q}i[n] : Kita baru nak kesana...mcm best jek...

    ReplyDelete
  3. Salam...leh tau x banglo mane yg puan tmpah tu...mmg tgh plan nk ke sana..plz email me ya..tq3x
    lynn.princess78@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Salam kak.. Kalau ikutkan tarikh yg akk sebutkan tu, kira akk d pon jejak kaki kt tasik kenyir kan? Boleh email saya detail kt sana? Sy merancang ke sana nov ni. Tak nampak klue lgsg pasal makanan dan pengangkutan di sana. Blh bw kereta kenak pg satu tmpt ke satu tmpat? Atau kna naik bot je. Sy akn mginap di rumah persekutuan kerajaan di pulau sap besar. Emel sy aidadewie7311@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam,menarik dgn baglo yg dsbutkan tu.ble tau x detail-hrga,no cntact tuan bglo..?sbb saya cdg nk pergi bln oktober ni..ni email saya- captainleno@gmail.com.trimas

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.....sy bercadang ke tasik kenyir pd cuti sekolah bulan March ( 2015) nanti. boleh sy dptkan info dr pn ttg rumahbot yg pn tempah...email sy ss.suriati@gmail.com.TQ😊😊

    ReplyDelete