Nuffnang

Monday, January 9, 2012

TAKDIR AYAH TUA


Sumber incik google


Sekilas pandang dalam hmetro yang incik asben kita beli pagi tadi. Kita baca title dah tersentuh. Tragiskan? Anak-anak hari ini yang sanggup membuang ibubapa dirumah orang tua2. Kalau dikaji mungkin ada ibubapa ini mempunyai 'sejarah hitam' yang sudah dilakukan oleh ibubapa tersebut kepada anak2 atau pasangan masing2 sehingga anak-anak sanggup membuang ibubapa mereka. Kebencian anak-anak tahap meluap dan tak boleh dibendung.

Tapi kena ingat sebagai anak biar pun terkutuk, buruk dan sekeji mana mana pun kisah silam ibubapa tersebut, mereka tetap ibubapa. Maafkan perbuatan2 mereka dan sekiranya mereka masih berdegil itu urusan dia dengan AllahTaala.

Sebagai anak kita hanya mampu menegur, berdoa dan selalulah ingat dan mohon maaf dari diorang sebab kita tak tahu bila mereka akan meninggalkan kita kan?
Ingatlah setitik air mata ibu bapa, selangkah kaki kita ke neraka. Nasihat kita jadilah ibubapa yang sempurna dan boleh disayangi anak2 dan pasangan masing2., keseronokkan duniawi hanya sementara yang kekal di akhirat kelak.

Bacalah artikel hari ini yang dikeluarkan oleh Hmetro untuk perkongsian anda semua.
Bawa ibu atau bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan ketika pegawai perubatan sibuk membuat pemeriksaan, tanpa mendaftar dan merekodkan butir peribadi waris, si anak perlahan-lahan ‘angkat kaki’.

Taktik ‘Tanggang’ itu dikesan dilakukan segelintir anak yang sengaja mahu menyisihkan ibu bapa yang sudah uzur daripada hidup mereka, sekali gus meletakkan beban penjagaan 100 peratus ke bahu orang lain.

Cara itu juga dilakukan kerana berpendapat kemungkinan jika dihantar ke mana-mana pusat jagaan warga emas sama ada dikendalikan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO), mereka akan dikenakan bayaran terutama apabila ibu bapa terlantar disebabkan penyakit kronik.

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang iaitu sebuah pusat penjagaan warga emas yang terlantar, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, beliau bimbang perbuatan itu menjadi trend anak zaman sekarang untuk membuang ibu bapa yang uzur kerana menganggap mereka sebagai beban.

Pusat Jagaan Siti Nor Aini ditubuhkan sejak 2009 dan dalam tempoh itu saya menerima 130 penghuni. Daripada jumlah itu, 70 adalah warga emas dihantar hospital kerana gagal mengesan waris dan 22 sudah meninggal dunia, saya terpaksa menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan,” katanya.


No comments:

Post a Comment