Nuffnang

Tuesday, February 14, 2012

DOAKAN ORANG LAIN



Kita suka mengikuti program bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah sedikit masa dulu. Antara perbualan dan kata2 nasihatnya berbunyi sebegini ' Doakan orang lain'. Allahuakhbar, bersihnya hati.

Doakan dengan ikhlas kerana Allah bukan atas niat yang lain.
Dalam sehari, berapa kali kita mendoakan orang lain? Selain kita, mungkin kita mendoakan kesejahteraan mak dan ayah serta ahli keluarga kita, tapi adakah kita berdoa untuk orang lain lebih daripada itu?




Sama ada jawapannya ya atau tidak, yang penting mulai hari ini, latih diri untuk mendoakan kejayaan dan kecemerlangan orang lain, lebih dari kita sendiri. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat. Subhanallah!




Dulu kita jarang mendoakan kawan disekeliling tapi bila semakin hari kita kian matang dan banyak sumber yang kita boleh perolehi. Tapi, kesedaran timbul bila melihat orang lain yang lagi susah kehidupannya.


Mulai saat ini, latih diri mendoakan kejayaan orang lain, sesiapa saja yang anda kenali. Mudahkan?




No comments:

Post a Comment