Salam perkongsian semua. Di hari jumaat yang mulia pastinya yang berkobar untuk memulakan rutin harian yang penuh ceria ini. Ramai yang mengatakan, mood gumbira untuk berkerja pada setiap hari jumaat kerana esok sabtu dan ahad merupakan hari rehat sedonia...hihihi
Sekadar kongsikan kata-kata ini untuk menyuntik semangat kita semua. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
Kadangkala kita sering melihat derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagian untuk esok hari, jadi belajarlah untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita tak akan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada.
Ketika anda melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-kata itu meninggalakn bekas seperti lubang di hati orang lain. Ibarat menusuk pisau ke dalam dada dan mencabutnya. Tidak kira berapa kali kamu meluahkan kata-kata maaf, luka itu akan tetap ada.
Kemaafan mungkin terlalu berat untuk diberikan kepada mereka yang telah melukakan hati kita, tetapi hanya dengan kemaafan dapat mengubati hati yang terluka. Mungkin dengan Allah lebih mudah memohon maaf berbanding sesama manusia yang agak sukar kerana berkesan dihati mereka yang terinaya.
Seseorang itu harus cukup rendah hati untuk mengakui kesalahannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari kegagalannya dan cukup berani untuk memperbetulkan kesilapannya.
No comments:
Post a Comment