Nuffnang

Wednesday, March 21, 2012

BACALAH IBU

Ayah, adik, kakak & ibu


Selamat malam semua, malam ini khamis malam jumaat. Moga entri ini memberi kebaikan untuk semua yang membacanya dan secara kebetulan hari ini Hari Wanita Sedunia. Hidup wanita!


Sementara menunggu maghrib kita on9 kejap, bukalah facebook. Tengok anak dara kita ada posting kat wall kita. Terharu bercampur sedih, Nak baca tak! Ibu baca nie, Aja baca blog nie, Aja terus nangis. Sedihnya! Terus ingat ibu Aja yang sorang nih.


Kita baca blog yang di link kepada kita, air mata kita turun laju, sehingga anak bujang kita tanya. Kenapa ibu nangis? Kita sedapkan hati dia, tak ada apa2lah dik. Kita tahu, dia sebak bila tengok kita menangis. Sedih!
Antara bait2 ayat yang ada dalam blog tuh, kita nak share pulak kat bawah sini. Bacalah ya.


" Sebenarnya ibu dan ayah dah berpisah, masa mula2 dulu susah gak nak terima kenyataan bila tak nampak ayah kat rumah macam selalu dah, hari2 bila kenang masa ayah ada mesti nangis. Macam2 kata nista, fitnah, ugutan dan sebagainya yang dilontarkan pada ibu dan saya adik beradik.
Biarkanlah itu urusan Allah denganNya.


Kasih sayang jauh sekali, mengurus anak2 di asrama dan segala urusan peribadi ibu yang lakukan bersendirian tanpa ayah di sisi. Memang sedih, sebagai anak saya nampak dengan mata kepala sendiri, ayah boleh memberi kami duit perbelanjaan walaupun kadangkala tidak mencukupi, ibu sanggup berkorban membantu ayah demi rumahtangganya.


Ayah yang dulu kami kenali banyak berubah, tidak semesra dulu, banyak masa dihabiskan untuk keluarga barunya. Saya pun sedar yang kita tak mampu tolak apa yg ditakdirkan dalam hidup. Ayah sudah terjebak dan tersilap langkah, akhirnya sudah tidak boleh berundur. Terlajak perahu boleh di undur tapi kalau terlajak kata2 dan perbuatan tanggunglah sendiri. Segalanya kerana nafsu...


Awal perpisahan selalu nampak airmata ibu mengalir bila kami banyak bertanya tapi ibu wanita yang cukup tabah pada segalanya.
Sekarang ibu begitu kuat, saya perhatikan ada kebahagiaan dihatinya walaupun dia masih tidak mahu mencari pengganti sehingga kini.


Bila ada masa terluang banyak masa dihabiskan dengan pelbagai aktiviti dan bercuti di dalam dan luar negara, kadangkala kami di bawanya bersama kalau ada kesempatan.


Hubungan ibu dengan sebelah keluarga ayah cukup akrab seperti biasa. Cuma sesekali bila berada di kampung datuk dan nenek sebelah ayah, ibu bertembung dengan isteri baru ayah. Kami tidak pernah menegur sapa, apatah lagi untuk bercakap sebarang patah dua perkataan . Jauh sekali! Perempuan itulah yang menghancurkan dan merampas kebahagiaan kami sehingga ayah semakin jauh dari hari kehari.


Alhamdulilah Allah perkenankan doa ibu saya, baru2 ini dia telah pun selamat mengerjakan haji. Kalaulah ayah masih seperti dulu mesti ibulah yang akan memujuk pergi bersama2nya. Tapi sedih melihat ayah kita yang masih terkapai2 melewati usia senja.


Kita perhatikan sekarang ayah semakin uzur serta punya tanggungjawab yang besar dengan keluarga baru dan anak tirinya. Hingga kini saya masih tertanya2 apa yang ayah cari untuk dirinya. Sedih tengok keadaan ayah, walaupun hingga kini dia semakin jauh dan mengabaikan kasih sayangnya. Buruk mana pun dia tetap ayah kandung dihati kami.


Bila ibu dan ayah berpisah, no more party harijadi, ibulah yang sentiasa meraikan secara kecil2an demi mengembirakan kami. Kini saya sudah tamat pengajian dan hendak memulakan alam kerjaya, manakala adik masih di pusat pengajian. Ini janji saya, sekiranya sudah punya kerjaya. Saya akan menjaga ibu sebagaimana dia membesarkan saya hidup dengan penuh kasih sayang. Kemana saya berada, saya pastikan dia sentiasa bersama saya.


Saya dipahamkan sekarang rumahtangga ayah tidak bahagia. Banyak kali juga ayah ingin merujuk kembali kepada ibu, namun ibu sudah berpatah arang dan berkerat rotan. Saya cukup hormat pendirian dia, sebagai anak saya lebih mengetahui keperitan yang dilalui oleh ibu.


Saya tak kisah jika ada yang suka menilai keluarga kami tapi saya tahu yang terdekat lebih memahami apa yang terjadi dalam keluarga kami. "


Sedih baca blog nih, biar pun berat mana penderitaan yang di lalui, anak2 boleh menilai baik dan buruknya ibu dan bapa mereka. Apapun itulah ibubapa mereka.


Cuba baca dan klik di sini, renungkan kembali apa mesej yang di sampaikan. Pendapat kita secara peribadi, kita tak boleh memaksa orang lain untuk menyukai kita tapi sekiranya ada jalan untuk kembali kepangkal jalan. Lakukan bersungguh2 sehingga ahli keluarga boleh mempercayai kita. Jujurlah pada diri sendiri jangan sampai yang dikejar keciciran dan yang dikendong tak dapat.


Jadilah kita semua ibubapa yang sempurna di mata anak2 dan isteri bukan sekadar sandiwara semata2. Nauzubillah..


No comments:

Post a Comment