Nuffnang

Thursday, March 8, 2012

DURIAN RUNTUH MENANTI PENJAWAT AWAM (SBPA)

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam menunggu dengan penuh debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan (SBPA), hari ini.

Najib dijadual berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Cuba klik sini.

Kenyataan bahawa Datuk Omar Osman, Presiden CUEPACS, badan yang menjadi payung kepada kesatuan-kesatuan sektor awam, yang akan berucap pada majlis itu, memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.


Sumber Bernama.


No comments:

Post a Comment