Nuffnang

Thursday, March 8, 2012

MUZIUM NENAS



Negeri Johor merupakan antara pengeluar utama nenas di Malaysia . Sehubungan itu, satu muzium diwujudkan bagi mendedahkan semua hal ehwal yang berkaitan dengan industri nenas di Johor.

So apa lagi jangan lupa untuk singgah ke Polland bila sampai ke Johor. Tahu tak Polland tu terletak di mana? hehehe. Cuba google map, jumpa tak? hahaha







Di muzium ini, terdapat sebuah seksyen muzium yang menumpukan kepada kaedah penanaman, pemprosesan, pengawalan dan penyelenggaraan nenas. Selain itu, ada seksyen di mana pengunjung juga boleh memperoleh maklumat berkenaan dengan sejarah perkembangan nenas di Malaysia . Di seksyen tersebut, terdapat pameran koleksi artifak, penerbitan dan maklumat paten.

Tak terjangka oleh kita selama ini tentang buah nenas. Apa yang kita tahu nenas boleh ngap je...hihihi. Tak rugi cucu cicit kita nanti, mereka boleh tahu mengenai nenas lebih mendalam lagi.





Apa yang lebih menarik lagi adalah di seksyen yang memaparkan pelbagai jenis nenas yang di tanam di Malaysia dari yang saiz kecil hinggalah yang bersaiz besar.

Perkara baru yang kita baru tahu, jakunnya haku! Daun nenas boleh dijadikan benang. Owhh! Itu macamkah? Bagi yang nak tahu lebih lanjut bolehlah ke Muzium Nenas yang terletak di Polland @ Pontian, Johor.


No comments:

Post a Comment